Minit Mesyuarat OBE JKMB pada 12 April 2006

 

Hadir:

 

Prof. Dr. Jaafar Sahari

Prof. Dr. Mohd Jailani Md Nor

Prof. Dr. Yusof Ali

Prof. Dr. Che Husna Azahari

PM Dr. Nik Abullah Nik Mohamed

PM Dr. Che Hassan Che Haron

PM Dr. Norhamidi Muhamad

PM Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan

PM Dr. Shahrir Abdullah

PM Dr. Nordin Jamaludin

PM Dr. Andanastuti Muchtar

Dr. Zuraidah Abd Wahab

Dr. Baba Md Deros

Dr. Jaharah A. Ghani

Dr. Mohd Zaidi Omar

Dr. Shahrum Abdullah

Dr. Sallehuddin Mohamed Haris

Dr. Mohd Nizam Ab Rahman

Dr. Zainuddin Sajuri

Dr. Mariyam Jameelah Ghazali

Dr. Syarif Junaidi

Mohd Hanif Mohd Saad

Wan Mohd Faizal Mahmood

Rozli Zulkifli

Ahmad Rasdan Ismail

Mohd Rahizat Mat Tahir (Pegawai Sains)

 

Tak hadir dengan kenyataan:

 

Prof. Dr. Abdul Halim Shamsudin

Prof. Dr. Kamaruzaman Sopian

Mohd Zaki Nuawi

Zulkhairi Zainol Abidin

 

Tempat : Bilik Mesyuarat fakulti Kejuruteraan

Masa                : 2.30 ptg – 5.30 ptg


 

Tajuk Perbincangan: Pengisian Nombor Mengikut Subjek

 

Catatan Perbincangan:

 

1.          Ketua Jabatan selaku pengerusi OBE JKMB memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

 

2.          Pengerusi mengucapkan alu-aluan kepada PM Dr. Norhamidi kerana perlantikan beliau sebagai Penyelaras OBE Fakulti yang baru menggantikan Prof. Dr. Wan Hamidon.

 

3.          Prof. Dr. Jaafar menunjukkan tentang perubahan-perubahan susunan dan kandungan PO yang diguna pakai oleh Washington Accord.

 

4.          Prof. Dr. Jailani menerangkan kepada ahli-ahli jabatan bahawa Washington Accord menjalankan akreditasi ke atas EAC. Setelah itu, EAC pula akan menjalankan akreditasi ke atas program-program di Fakulti Kejuruteraan.

 

5.          Ahli-ahli Jabatan berbincang dengan panjang lebar mengenai PO sediada untuk program Mekanikal dan Pembuatan dan akhirnya mesyuarat bersetuju agar dikekalkan 12 PO itu.

 

6.          Perubahan keatas susunan dan kandungan PO akan dilakukan di dalam kitaran akan datang dengan menggunakan pendekatan CQI (Continous Quality Improvement).

 

7.          Setelah itu, pengerusi menerangkan dengan terperinci mengenai definasi kekunci yang akan digunakan pakai. Nilai 1, 2 & 3 digunakan untuk mengukur tahap hubungkait diantara outcome sesuatu kursus (CO) itu berkaitan dengan hasil program (program outcomes, PO):

 

Nilai kekunci 1 – bermaksud ia berkaitan dengan PO tanpa penilaian rasmi.

 

Nilai kekunci 2 – bermaksud ia memenuhi separa PO dengan penilaian rasmi.

 

Nilai kekunci 3 – bermaksud ia ia memenuhi sepenuh PO dengan penilaian rasmi.

 

8.          Kemudian, ahli-ahli Jabatan berpecah kepada beberapa kumpulan kecil mengikut sub-bidang masing-masing untuk proses memasukkan nombor kekunci 1, 2, dan 3 untuk setiap mata pelajaran. Sdra. Mohd Hanif telah diamanahkan untuk mengumpulkan semua matapelajaran yang telah siap dimasukkan dengan nombor kekunci 1, 2 dan 3.

 

9.          Prof. Dr. Mohd Jailani telah menerangkan kepada ahli-ahli jabatan mengenai pengiraan “Notional kredit” bagi setiap mata pelajaran dan memberikan templet untuk diguna pakai semasa pengiraan jam kredit.

 

Disediakan oleh: Dr. Hj Baba Md Deros