Minit Mesyuarat OBE JKMB pada 16 Ogos 2006

 

Hadir:

Prof. Dr. Jaafar Sahari

Prof. Dr. Che Husna Azhari

Prof. Dr. Yusof Ali

PM Dr. Ahmad Kamal Ariffin

PM Dr. Che Hassan Che Haron

PM Dr. Norhamidi Mohamad

PM Dr. Nordin Jamalludin

Dr. Baba Md Deros

 

Tak Hadir:

 

Prof. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor                     -           Dengan Kenyataan

PM Dr. Nik Abdullah Nik Mohamed                -           Dengan Kenyataan

 

Tempat             : Bilik mesyuarat JKMB

Masa                : 2.30 ptg – 5.30 ptg

 

Tajuk Perbincangan:

 

Persiapan untuk Akreditasi Program Mekanikal dan Pembuatan oleh EAC pada Tahun 2008

 

Catatan Perbincangan:

 

1.          PM Dr Ahmad Kamal selaku Pengerusi telah memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

2.          Pengerusi telah menerangkan dengan terperinci mengenai kandungan EAC manual yang perlu diikuti untuk tujuan akreditasi pada tahun 2008.

3.          Mesyuarat telah melantik ahli-ahli jawatankuasa untuk akreditasi program pada tahun 2008 yang terdiri daripada ahli-ahli jabatan seperti berikut: Dr. Haji Baba, Dr. Dzuraidah, Dr. Mohd Nizam, Dr. Taib Iskandar, Sdra. Azli dan Sdra. Rohaizat (Peg. Sains).

4.          Mesyuarat bersetuju agar “Advisory committee” yang dilantik untuk kedua-dua program Mekanikal dan Pembuatan perlulah terdiri dari pakar yang boleh memberikan pandangan yang adil dan positif kepada program.

5.          Semua pensyarah diminta untuk membuat pengiraan “Notional Kredit” untuk setiap matapelajaran yang telah ditugaskan semasa mesyuarat OBE Jabatan pada 29 dan 30 Jun 2006 yang lepas sebelum mengadakan bengkel penyelarasan di peringkat Jabatan.

6.          Seterusnya, pengerusi telah menerangkan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai status alat-alat yang terdapat di dalam maklmal dan bengkel JKMB, samada ianya masih OK atau pun bermasalah.

7.          Agenda terakhir, mesyuarat ialah mengenai “Continuous Improvement Plan” seperti di bawah yang perlu diamalkan oleh Jabatan bagi meningkatkan lagi prestasi di masa hadapan.

 


 

 


8.          Pengerusi telah mencadangkan tarikh bengkel OBE JKMB yang melibatkan semua ahli Jabatan pada: 18 September 2006 (Selasa), jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Fakulti.

 

 

Disediakan oleh:

 

Dr. Hj Baba Md Deros

Setiausaha

OBE JKMB

21 Ogos 2006