Minit Mesyuarat AJK Akreditasi Program Oleh EAC2008

pada 20 November 2006

 

Hadir:

PM Dr. Ahmad Kamal Ariffin

PM Dr. Norhamidi Mohamad

PM Dr. Nik Abdullah Nik Mohamed

Dr. Dzuraidah Abd Wahab

Dr Mohd Nizam Ab Rahman

Dr Zainuddin Sajuri

Dr Syarif Junaidi

Dr Taib Iskandar Mohamad

Sdra Azli Arifin

 

 

Tak Hadir:

Sdra Rohaizat Mat Tahir            -            Dengan Kenyataan

 

Tempat : Bilik mesyuarat JKMB

Masa                : 3.00 ptg – 4.45 ptg

 

Tajuk Perbincangan:

 

Persiapan untuk Akreditasi Program Mekanikal dan Pembuatan oleh EAC pada Tahun 2008

 

Catatan Perbincangan:

 

1.          PM Dr Ahmad Kamal selaku Pengerusi telah memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

2.          Pengerusi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada PM Dr. Nik Abdullah diatas kembalinya bapa mertua beliau kerahmatullah.

3.          Pengerusi telah menerangkan dengan terperinci mengenai tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk membuat persediaan bagi menyediakan laporan untuk tujuan akreditasi pada tahun 2008.

4.          Garispanduan dan maklumat untuk tujuan mendapatkan akreditasi ada terkandung dalam Appendik C yang telah diedarkan kepada semua ahli mensyuarat.

5.          Secara umum kandungannya hampir serupa dengan laporan akreditasi pada tahun 2004 dengan penambahan dibuat dari aspek pelaksanaan OBE dalam pembelajaran.

6.          Ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mencadangkan agar Jabatan melantik dengan segera penilai luar bagi kedua-dua program.

7.          Seterusnya Pengerusi telah membuat pembahagian tugas penyediaan laporan akreditasi kepada 3 bahagian iaitu: Maklumat Umum; Kriteria; dan Sistem Pengurusan Kualiti.

8.          Penulisan Laporan Maklumat Umum ditugaskan kepada Dr. Zainuddin Sajuri (Ketua) dan Dr Dzuraidah Abd Wahab. Ia meliputi: A. Maklumat Umum; B. Sejarah Akreditasi Program; C. Objektif Program; dan D. Hasil Program.

9.          Penulisan Laporan Kriteria ditugaskan kepada Dr. Taib Iskandar Mohamed (Ketua) dan Dr. Syarif Junaidi. Ia meliputi: E. Kriteria 1 - Kurikulum Akademik; F. Kriteria 2 – Pelajar; G. Kriteria 3 – Staf Akademik & Sokongan; dan H. Kriteria 4: Kemudahan.

10.      Manakala, I. Kriteria 5 - Sistem Pengurusan Kualiti, penulisan laporan ditugaskan kepada Dr. Mohd Nizam Ab Rahman (Ketua) dan Sdra. Azli Ariffin;

11.      Pengerusi telah mengarahkan Dr. Baba Ma Deros untuk mendapatkan contoh laporan penilaian kendiri (self-assessment report) daripada Prof. Wahab.

12.      Pengerusi telah mencadangkan tarikh mensyuarat AJK Akreditasi ialah yang akan datang ialah pada: 21 Disember 2006 (Khamis), jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat JKMB.

13.      Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

 

 

Disediakan oleh:

 

Dr. Hj Baba Md Deros

Setiausaha

OBE JKMB

22 November 2006