Minit Mesyuarat OBE JKMB pada 25 April 2006

 

Hadir:

 

Prof. Dr. Jaafar Sahari

Prof. Dr. Yusof Ali

Prof. Dr. Che Husna Azahari

PM Dr. Che Hassan Che Haron

PM Dr. Norhamidi Muhamad

PM Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan

Dr. Baba Md Deros

Mohd Hanif Mohd Saad

 

Tempat : Bilik Mesyuarat JKMB

Masa                : 2.30 ptg – 5.30 ptg

 

Tajuk Perbincangan: Hubungan Pertunjuk dengan Hasil Program

 

Catatan Perbincangan:

 

1.          Ketua Jabatan selaku pengerusi OBE JKMB memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

 

2.          Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat iaitu mengenai persediaan jabatan untuk sanggar kerja di Melaka pada 29 April hingga 1 Mei 2006 mengenai penyediaan laporan akreditasi program Kejuruteraan Mekanik dan Pembuatan.

 

3.          Ahli-ahli Jabatan berbincang dengan panjang lebar mengenai kaedah penilaian dan tahap penekanan yang perlu diberikan untuk setiap mata pelajaran  berhubung dengan 12 PO yang diguna-pakai.

 

4.          Ahli-ahli Jabatan telah berbincang dan akhirnya bersetuju dengan kaedah penilaian yang digunakan ialah Peperiksaan, Laporan Projek, Laporan Lawatan Industri, Makmal, Pembentangan,  Tutoran, PBL dan Lain-lain, dan Folio. Manakala tahap penekanan yang digunakan ialah Sedikit (Light emphasis), Sederhana (Medium emphasis) dan Banyak (strong emphasis).

 

5.          Untuk maklumat penuh mengenai kaedah penilaian, sila lihat kepada fail Excel yang disertakan.

 

6.          Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Surat Al-Ikhlas dan Tasbih Kifarah.

 

 

Disediakan oleh: Dr. Hj Baba Md Deros