Minit Mesyuarat OBE JKMB pada 29 dan 30 Jun 2006

 

Hadir:

 

Prof. Dr. Jaafar Sahari

Prof. Dr. Mohd Jailani Md Nor

Prof. Dr. Yusof Ali

Prof. Dr. Che Husna Azahari

PM Dr. Nik Abullah Nik Mohamed

PM Dr. Che Hassan Che Haron

PM Dr. Norhamidi Muhamad

PM Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan

PM Dr. Shahrir Abdullah

PM Dr. Nordin Jamaludin

PM Dr. Andanastuti Muchtar

Dr. Zuraidah Abd Wahab

Dr. Baba Md Deros

Dr. Jaharah A. Ghani

Dr. Mohd Zaidi Omar

Dr. Shahrum Abdullah

Dr. Sallehuddin Mohamed Haris

Dr. Mohd Nizam Ab Rahman

Dr. Zainuddin Sajuri

Dr. Mariyam Jameelah Ghazali

Dr. Syarif Junaidi

Mohd Hanif Mohd Saad

Wan Mohd Faizal Mahmood

Rozli Zulkifli

Ahmad Rasdan Ismail

Mohd Zaki Nuawi

Zulkhairi Zainol Abidin

 

Tak hadir dengan kenyataan:

 

Prof. Dr. Abdul Halim Shamsudin

Prof. Dr. Kamaruzaman Sopian

 

 

Tempat             : Bilik Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan & Bilek Mesyuarat JKMB

Masa                            : 9.30 pg – 5.30 ptg

Agenda Mesyuarat            :  1.   Mengemaskini CO-PO JKMB

2.      Perbincangan mengenai kaedah yang digunakan untuk membuat penilaian bagi setiap matapelajaran

3.      Penerangan mengenai tatacara untuk mengisi dan mengira notional kredit untuk setiap matapelajaran

 


 

Catatan Perbincangan:

 

1.          Ketua Jabatan selaku pengerusi OBE JKMB memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

 

2.          Ahli-ahli Jabatan berbincang dengan panjang lebar mengenai CO-PO sediada untuk program Mekanikal dan Pembuatan dan kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan seperti peperiksaan, laporan projek, laporan lawatan industri, makmal, tutoran, pembentangan, PBL dan penggunaan folio.

 

3.          Ketua Jabatan mencadangkan agar semua kaedah-kaedah penilaian yang digunakan perlu dilihat secara “helicopter view” agar kita dapat melihat secara keseluruhan untuk kedua-dua program Mekanikal dan Pembuatan.

 

4.          Kaedah-kaedah penilaian yang digunakan mestilah berupaya untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa pelajar telah mencapai “outcome” yang disasarkan (i.e. memenuhi keseluruhan 12 PO yang telah ditetapkan).

 

5.          Mesyuarat telah membincangkan dengan terperinci dan bersetuju mengenai penggunaan kaedah penilaian untuk mencapai 12 PO.

 

6.          Setelah itu, ahli jabatan diminta untuk mengisi kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan bagi setiap matapelajaran yang mereaka mengajar.

 

7.          Ketua Jabatan telah memberikan penerangan berserta dengan contoh-contoh cara bagaimana untuk membuat pengiraan “credit hours” dan mengadakan sesi soal jawab bersama-sama ahli jabatan agar semua ahli jabatan dapat memahaminya dengan jelas. Ini penting agar pensyarah tidak membebankan pelajar melebihi daripada apa yang sepatutnya.  

 

 

Disediakan oleh: Dr. Hj Baba Md Deros