Minit Mesyuarat AJK Akreditasi Program 2008

pada 5 Oktober 2007 (Jumaat)

 

Hadir:

 

Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin

Prof. Dr. Nik Abdullah Nik Mohamed

PM Dr. Hj Baba Md Deros

Dr. Dzuraidah Abd Wahab

Dr Mohd Nizam Ab Rahman    

Dr Zainuddin Sajuri

Dr Syarif Junaidi 

Sdra Azli Arifin

 

Tak Hadir Dengan Kenyataan:

 

PM Dr. Norhamidi Mohamad

Dr Taib Iskandar Mohamad

Sdra Rohaizat Mat Tahir

 

Tempat : Bilik mesyuarat JKKP

Masa    : 9.30 pg – 11.45 pg

 

Tajuk Perbincangan:

 

Mesyuarat Persiapan Akreditasi Program Mekanikal dan Pembuatan  2008

 

Catatan Perbincangan:

 

1.           Prof. Dr Ahmad Kamal selaku Pengerusi telah memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

2.           Prof. Dr. Nik Abdullah memaklumkan intipati taklimat akrediatsi oleh Prof. Abdul Wahab dan Prof. Dr Wan Hamidon yang telah diadakan pada 25 September 2007. Taklimat itu berkisar pada kelemahan-kelemahan penulisan laporan yang berlaku ketika lawatan akreditasi oleh ABET dan EAC ke 2 buah universiti di Malaysia. Kelemahan ini mengakibatkan sebuah universiti hanya mendapat akreditasi untuk 2 tahun dan sebuah lagi ditangguhkan pengiktirafannya.

3.           Mesyuarat bersetuju laporan penilaian kendiri (self-assessment) perlu mengandungi penulisan dan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yng telah dijalankan untuk program. Manakala, data-data yang berkaitan perlu diletakan di Apendik C.

4.           Senarai semak (checklist) dalam Apendik C berperanan sebagai “directory”, manakala bukti-buktinya perlu diletakan dalam laporan-laporan yang berkaitan.

5.           “Closing the loop” mempunyai banyak peringkat: sebagai contoh komen-komen pelajar diperingkat kursus, komen dari pemeriksa luar dan ahli-ahli lembaga pengajian perlu  dipertimbangkan dan merancang pelan tindakan yang perlu diambil.

6.           Mesyuarat mengambil ketetapan agar “CQI loop” yang sediada perlu diperkemaskan lagi agar ia merangkumi “loop” jangka pendek, “loop” jangka sederhana dan “loop” jangka panjang.

7.           Mesyuarat bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa kecil untuk meneliti dan mengemaskini laporan penilaian kendiri. Ahli-ahli jawatankuasa ini terdiri daripada Prof. Dr Ahmad Kamal, Prof. Dr Nik Abdullah Prof. Madya Dr Norhamidi dan Prof. Madya Dr Hj Baba yang akan dibantu oleh dua orang tutor iaitu Sdra Wan Fathul dan Sdri Zaliha.

8.           Jawatankuasa “Self-assessment report” akan menilai laporan penilaian kendiri dari bahagian-bahagian berikut: Akademik & Staff (Dr. Syarif dan Dr. Taib); QMS (Dr. Mohd Nizam dan Sdra. Azli); CQI (Dr. Dzuraidah & Sdra. Azli) dan Maklumat Umum (Dr Zainuddin).

9.           Tarikh-tarikh yang dicadangkan untuk mesyuarat AJK Akreditasi pada tahun ini ialah saperti berikut: 8 Oktober, 2007; 2 November 2007; 16 November 2007; 30 November 2007; 14 Disember 2007 dan 28 Disember 2007.

10.       Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr pada jam 11.45 pg.

 

Disediakan oleh:

 

PM Dr. Hj Baba Md Deros

Setiausaha

OBE JKMB

5 Oktober 2007