Minit Mesyuarat OBE JKMB pada 9 Februari 2007

 

Hadir:

Prof. Dr. Jaafar Sahari

Prof. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor

Prof. Dr. Yusof Ali

PM Dr. Ahmad Kamal Ariffin

PM Dr. Nik Abdullah Nik Mohamed

PM Dr. Norhamidi Mohamad

PM Dr. Che Hassan Che Haron

PM Dr. Nordin Jamalludin

PM Dr. Shahrir Abdullah

PM Dr. Baba Md Deros

En. Rohaizat Mat Tahir

 

Tak Hadir:

Prof. Dr. Che Husna Azhari                  -           Dengan Kenyataan

Prof. Dr. Yusof Ali                               -           Dengan Kenyataan

 

Tempat : Bilik mesyuarat JKMB

Masa                : 3.00 ptg – 5.00 ptg

 

Tajuk Perbincangan:

 

Bagaimana setiap subjek boleh menyumbang kepada pencapaian “Outcome” Program

 

Catatan Perbincangan:

 

1.          PM Dr Ahmad Kamal selaku Pengerusi telah memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

2.          PM Dr Norhamidi menyarankan AJK Akreditasi melihat contoh laporan akreditasi dari Universiti Auburn, USA sebelum mula menyedikan laporan untuk akreditasi.

3.          Laporan akreditasi perlu merangkumi penambahbaikan berterusan (CQI) yang dijalankan untuk memperbaiki prestasi dan kualiti graduan dari masa kesemasa.

4.          Anggapkan pelajar yang masuk di tahun pertama sebagai (bahan mentah). Ia kemudian diperoses (semasa belajar di FK) dengan menggunakan pendekatan berdasarkan hasil (OBE) dan akhirnya keluar sebagai graduan yang boleh diterima oleh pasaran kerja.

5.          Untuk tujuan akreditasi, memikirkan cara dan pendekatan yang boleh digunakan untuk memastikan semua pensyarah menghayati PEOs, POs & COs yang telah dibangunkan oleh JKMB.

6.          PM Dr Ahmad Kamal dan PM Dr Che Hassan mencadangkan PEOs, POs & COs dimasukkan ke dalam Website Jabatan (Tindakan: En. Azli Arifin).

7.          PM Dr Nik Abdullah mencadangkan diujudkan forum (email) PBH untuk membincangkan masalah-masalah perlaksanaan di peringkat Jabatan dan Fakulti (i.e. OBE Teaching and LearningGroup). Ia perlu dimulakan di peringkat pensyarah dan kemudian dikembangkan diperingkat kakitangan sokongan.

8.          Mesyuarat Lembaga Penasihat disarankan untuk diadakan dalam masa sebulan dari sekarang (Tindakan: Prof. Dr. Yusof Ali).

9.          Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan sanggar kerja pada bulan April 2007 semasa minggu ulangkaji. Tujuan sanggar kerja itu ialah untuk meminta setiap pensyarah menerangkan proses penyanpaian yang dilaksanakan dan bagaimana PO dicapai berserta dengan bukti (i.e. evidence).

10.      Mesyuarat bersetuju untuk menggabungkan sesuatu kerja lapangan/projek untuk subjek-subjek yang serupa (i.e. similar) tidak semestinya setiap subjek mempunyai kerja lapangan/projeknya sendiri.

11.      Setiap kursus akan diberikan markah untuk projek yang digabungkan. Contoh: markah penuh untuk projek ialah 15%, sekiranya ianya mewakili 3 kursus, jadi setiap kursus akan diberikan 5%.

12.      Mesyuarat bersetuju melantik Prof. Dr. Jaafar Sahari sebagai Ketua Penyelaras projek rekabentuk untuk program mekanik dan pembuatan. Projek yang dijalankan perlulah berorientasikan rekabentuk.

13.      Prof. Dr Jaafar telah menunjukkan contoh projek PBL yang dibuat: a. di dalam  disiplin itu sahaja (within the discipline only);  b. dalam fakulti yang sama (within the faculty); dan c. merentasi disiplin (cross discipline).

14.      Mesyuarat mencadangkan agar sanggar kerja kursus Fakulti diadakan pada bulan Jun 2007 bagi membincangkan kursus-kursus fakulti yang boleh meyumbangkan secara bersepadu kepada pencapaian hasil (outcome) program. 

15.      Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr pada jam 5.00 ptg.

 

 

 

Disediakan oleh:

 

PM Dr. Hj Baba Md Deros

Setiausaha

OBE JKMB

9 Februari 2007