Minit Mesyuarat AJK Akreditasi Program Oleh EAC2008

pada 21Disember 2006 (Khamis)

 

Hadir:

PM Dr. Ahmad Kamal Ariffin

PM Dr. Norhamidi Mohamad

PM Dr. Nik Abdullah Nik Mohamed

Dr. Dzuraidah Abd Wahab

Dr Zainuddin Sajuri

Dr Taib Iskandar Mohamad

Sdra Azli Arifin

Sdra Rohaizat Mat Tahir

 

Tak Hadir:

Dr Mohd Nizam Ab Rahman                -           Dengan Kenyataan

Dr Syarif Junaidi                                   -           Dengan Kenyataan

 

Tempat : Bilik mesyuarat JKMB

Masa                : 9.30 pg – 12.15 tgh

 

Tajuk Perbincangan:

 

Persiapan dan Persediaan untuk Akreditasi Program Mekanikal dan Pembuatan oleh EAC pada Tahun 2008

 

Catatan Perbincangan:

 

1.          PM Dr Ahmad Kamal selaku Pengerusi telah memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

2.          Pengerusi telah memaklumkan kepada ahli-ahli mesyuarat bahawa Fakulti Kejuruteraan telah bersetuju melantik hanya seorang penilai luar (i.e. Prof. Dr. Altan) untuk kedua-dua program di JKMB. 

3.          Pengerusi mencadangkan PM Dr. Nik Abdullah Nik Mohamed dilantik sebagai Koordinator persiapan pendokumentasian akreditasi. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

4.          Tugas Koordinator ialah memantau kemajuan penulisan dan pendokumentasian bagi memenuhi keperluan menulis “External Examiner’s Report”. Rujuk kepada EAC manual – Appendik E. Tindakan – PM Dr. Nik Abdullah.

5.          Pembentangan laporan kemajuan dimulai oleh bahagian kriteria yang meliputi: E. Kriteria 1 - Kurikulum Akademik; F. Kriteria 2 – Pelajar; G. Kriteria 3 – Staf Akademik & Sokongan; dan H. Kriteria 4: Kemudahan – Tindakan Dr. Taib Iskandar/ Dr. Syarif Junaidi. 

6.          Seterusnya ia diikuti oleh ketua bahagian maklumat umum (i.e. A. Maklumat Umum; B. Sejarah Akreditasi Program; C. Objektif Program; dan D. Hasil Program) telah membentangkan kemajuan yang telah dicapai oleh mereka setakat ini. Tindakan – Dr. Zainuddin/ Dr. Dzuraidah.


 

7.          Pengerusi telah mengarahkan bahagian maklumat umum membuat “fine-tuning” kepada rajah CQI yang telah dilukis oleh Dr. Baba. Tindakan – Dr. Dzuraidah.

 

8.          Manakala, bahagian Sistem Pengurusan Kualiti tidak membentangkan laporan kemajuan yang telah mereka capai kerana masih lagi berada di tahap perancangan. Tindakan – Dr. Mohd Nizam/Sdra. Azli

 

9.          Pengerusi telah mengarahkan PM Dr. Norhamidi agar mendapatkan contoh laporan akreditasi yang baik daripada Prof. Wahab untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk menyediakan loporan akreditasi program di JKMB.

 

10.      Pengerusi telah meminta bahagian Jaminan Kualiti menyediakan maklumat mengenai cara-cara yang  boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan “stakeholders”.

 

11.      Setiausaha telah ditugaskan untuk menyediakan satu jadual “checklist” untuk semua aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan untuk persiapan akreditasi.

 

12.      Pengerusi telah mencadangkan tarikh mensyuarat AJK Akreditasi ialah yang akan datang ialah pada: 24 Januari 2007 (Rabu), jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat JKMB.

 

13.      Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr pada jam 12.15 tgh.

 

 

Disediakan oleh:

 

Dr. Hj Baba Md Deros

Setiausaha

OBE JKMB

22 Disember 2006