Minit Mesyuarat OBE JKMB pada 21 Disember 2006

 

Hadir:

Prof. Dr. Jaafar Sahari

Prof. Dr. Che Husna Azhari

Prof. Dr. Yusof Ali

PM Dr. Ahmad Kamal Ariffin

PM Dr. Nik Abdullah Nik Mohamed

PM Dr. Che Hassan Che Haron

Dr. Baba Md Deros

 

Tak Hadir:

 

Prof. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor         -           Dengan Kenyataan

PM Dr. Norhamidi Mohamad   -           Dengan Kenyataan

PM Dr. Nordin Jamalludin                    -           Dengan Kenyataan

 

Tempat : Bilik mesyuarat JKMB

Masa                : 2.30 ptg – 5.30 ptg

 

Tajuk Perbincangan:

 

Membincangkan cadangan & saranan yang dikemukan oleh Ketua JK Maklumat, Ketua JK Kriteria dan Ketua JK Sistem Pengurusan Kualiti Akreditasi Program Mekanikal dan Pembuatan oleh EAC pada Tahun 2008

 

Catatan Perbincangan:

 

1.          PM Dr Ahmad Kamal selaku Pengerusi telah memulakan mesyuarat dengan membaca Surah Al-Fatihah.

2.          Pengerusi telah memaklumkan kepada ahli mesyuarat tentang perlantikan PM Dr. Nik Abdullah sebagai penyelaras AJK Akreditasi. Tugas beliau ialah untuk memantau kemajuan persiapan untuk akreditasi yang telah dilaksanakan oleh JK Maklumat, JK Kriteria dan JK Sistem Pengurusan Kualiti.

3.          Seterusnya Pengerusi telah melaporkan mengenai tahap kemajuan yang telah dicapai oleh ketiga-tiga jawatankuasa di atas.

4.          Prof. Dr. Che  Husna diminta memberikan maklumat umum mengenai universiti dan fakulti kepada Dr. Baba untuk dimasukan kedalam laporan persiapan akreditasi.

5.          Manakala, Prof. Dr. Jaafar menyarankan agar AJK OBE jabatan menumpukan perhatian yang lebih kepada perkara-perkara yang menjadi ISU KRITIKAL oleh pihak penilai ketika membuat penilaian akreditasi. Contoh: nisbah pelajar/pensyarah; kaedah penyampaian dan penilaian, dsbnya.

6.          Prof. Dr. Jaafar juga menyarankan agar AJK OBE jabatan memberikan tumpuan kepada kaedah penyampaian dan penilaian yang digunakan untuk “deliver outcome” dan kaedah untuk mengukurnya samada ianya tercapai ataupun tidak.

7.          Ahli mesyuarat juga diingatkan supaya dapat memahami prosidur bagaimana untuk mendefinasikan dan “review” Program Educational Objectives (PEO). Ini kerana mungkin semua pensyarah perlu tahu dan faham bagaimana kitra membangunkan PEOs, POs dan COs.

8.          Prof. Dr. Jaafar telah menunjukkan dua contoh penulisan laporan akreditasi yang telah ditulis oleh Brown University dan Cornell University, USA.

9.          Seterunya mesyuarat bersetuju mengenai TOR untuk Advisory Board. Empat tugas utama Advisory Board ialah: (i) memantau dan menambah baikan PEOs untuk program ijazah pertama dari masa kesemasa; (ii) memantau dan menambah baikan keberkesanan kurikulum program untuk mencapai PEOs; (iii) memantau dan menambah baikan “desired outcomes” untuk program; (iv) Keberkesanan kurikulum dalam usaha “the desired outcomes”.

10.      Prof. Ir Dr. Yusof Ali telah ditugaskan untuk mengendalikan mesyuarat Lembaga Penasihat yang akan diadakan pada bulan Januari 2007, tarikh mesyuarat akan ditentukan nanti.

11.      Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr pada jam 5.30 ptg.

 

 

 

Disediakan oleh:

 

Dr. Hj Baba Md Deros

Setiausaha

OBE JKMB

21 Disember 2006