Perjumpaan Ketua Jabatan, Ketua Program dan Pensyarah JKMB

dengan IAP dan ALUMNI

 

Tarikh:              19 June 2008

Tempat:            Palace of Golden Horses

Masa:               4.00 – 7.30 pm

 

Atur cara:

 

Minum petang                        3.45- 4.15pm

Pengenalan oleh Ketua JKMB                        4.15 –4.30 pm

Perbincangan                        4.30 – 6.30 pm

Solat asar                        6.30- 6.45

Makan Malam                        6.45 –7.30 pm

 

Kehadiran:

 

Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan (Ketua JKMB)

Prof. Dr. Ing. Nik Abdullah Nik Mohamad (Penyelaras Program Mekanik)

Prof Dr. Jaafar Sahari (Pensyarah JKMB)

Prof Madya Dr. Norhamidi Muhamad (Pensyarah JKMB)

Prof Madya Dr. Jaharah A. Ghani (Penyelaras Program Pembuatan)

En. Azli Ariffin (Pensyarah JKMB)

En Wan Mat Wan Musa (IAP- TNB)

En Azman Senin (ALUMNI -MIYAZU)

En Shahrul Nizam (IAP)

En Wan Alimi  (ALUMNI)

En Fadhlul (ALUMNI -UMP)

 

 

Agenda Perbincangan:

 

Penambahbaikan Kualiti Kurikulum untuk Program Kejuruteraan Mekanik dan Pembuatan (Quality Improvement Curriculum Discussion for Mechanical and Manufacturing Engineering Programme)

 

Ketua  JKMB, mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua yang hadir.

 

Perbincangan dimulakan dengan penerangan mengenai PEO, PO dan CO diberikan oleh KJ

 

PEO:

Pencapaian PEO dengan menggunakan Employer Survey: maklumat terperinci diminta oleh IAP (En.Wan Mat), jabatan menerangkan isi dan tujuan survey itu diadakan, seperti bagaimana persepsi majikan terhadap graduan kejuruteraan UKM mengenai PEO1-06.

 

 

Selalu komen diberi untuk PEO3 (Ketua JKMB).

Amnya pelajar UKM boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bagi graduan yang diterima bekerja di TNB (selepas melalui  tiga peringkat pemilhan) (En.Wan Mat).

Soft skills kurang daripada graduan Malaysia secara amnya (En. Shahrul).

Komunikasi skill  patutnya ditimba semasa menjalankan latihan industri. (En. Wan Alimi).

Universiti mesti bertanggungjawab terhadap isu komunikasi, kalau penekanan diberikan pada tahun akhir/ masa LI ianya terlalu lambat (En.Wan Mat).

 

PO and CO: Bagimana dimaklumkan kepada pelajar?

Setiap pensyarah bertanggungjawab untuk memaklumkan PO and CO kepada semua pelajar pada permulaan semester untuk setiap kursus. ( Dr. Norhamidi)

 

Kurikukulum:

 

1. Perbincangan banyak berkisar kepada isu pelanjutan latihan industri (LI) daripada 10 minggu kepada 6 bulan. Berikut merupakan pendapat daripada AIP dan ALUMNI.

 

i) 6 bulan latihan adalah minimum untuk latihan industri. Untuk 6 bulan LI, pelajar akan diberi 3 bulan teori asas dan 3 bulan latihan di Miyazu. Bagi memudahkan jabatan untuk mencari tempat LI,  ALUMNI akan menolong dengan memberikan nombor telefon untuk dihubungi bagi tujuan LI. (En.Azman)

 

ii) Dahulu, TNB akan beri 6 bulan latihan, sekarang 1 tahun; 6 bln dengan HR dan 6 bln dengan jabatan sebenar untuk bekerja, sebelum dilantik menjadi jurutera TNB. Latihan yang lama lebih baik untuk dapatkan pengalaman industri. 6 bulan adakah untuk pendedahan atau untuk latihan industri yang sebenar? Sekiranya hanya untuk pendedahan tempoh yang singkat seperti 3 atau 6 bulan mencukupi. Bagaimana pelajar itu dihantar untuk LI? Adakah berdasarkan ‘availability’ penempatan pada  industri tertentu, tanpa melihat kesesuaian pelajar berkenaan untuk LI. (En.Wan Mat)

 

iii) 6 bulan latihan menyediakan para pelajar untuk menghadapi kursus yang lebih khusus (LI 10 tahun lepas). Disarankan juga kursus-kursus pengurusan dan  kualiti diajar pada tahun akhir. Industri bagi program/jadual untuk tempoh LI pelajar kepada universiti.

 (En. Wan Alimi)

 

iv) Badan yang menguruskan peratus pelajar untuk LI di industri-industri  tertentu, seperti peratus di automotif industri dan sebagainya. (En. Azman). Ketua JKMB akan mencadangkan kepada penyelaras LI akan buat profile penempatan LI.

 

 

v) Pemilihan tempat: adakah universiti memilih tempat LI? Industri kecil adalah tempat terbaik untuk LI. Pelajar berpeluang untuk belajar lebih banyak perkara. (En.Shahrul). Pendapat ini disokong oleh En Wan Mat.

 

vi) Prof Jaafar menyarankan agar industri mesti mengetahui tujuan LI, iaitu sebagai pendedahan kepada pengalaman industri, dan bukannya sebagai latihan untuk menjadi seorang jurutera.

 

Important courses for Mechanical & Manufacturing:

 

Electif: disarankan lebih specifik. (En. Azman)

Contoh: Automotive Engineering: penumpuan kepada Vehicle dynamic

Di JKMB, pelajar diberikan penekanan yang agak am supaya mereka lebih ‘marketable’ apabila tamat pengajian kelak. (Dr. Norhamidi)

 

Perbincangan ditamatkan pada pukul 6.30 petang. Ketua JKMB mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.