Minit mesyuarat dengan Lembaga Pengajian dari Industri pada

23 Nov 2005

Kehadiran:

 

1.         PM Dr. Ahmad Kamal Mohd Ikhsan

2.         Prof. Dr. Yusof Ali

3.         PM Dr. Sharir Abdullah

4.         PM Dr. Norhamidi Muhamad

5.         Dr. Hj. Baba Md Deros

6.         Encik Faizal (Industri)

7.         Encik Khalid (Industri)

 

Tempat : Bilik mesyuarat JKMB

Masa                : 9.30 pagi

 

Catatan Perbincangan:

 

1.                   Bilangan pelajar untuk kuliah kursus am dicadangkan supaya ≤ 70 orang. Ini kerana bilangan pelajar pada masa ini  ± 200 orang untuk kursus am dianggap besar dan menjadikan penyampaian kuliah kurang berkesan.

2.                   Sungutan pelajar mengenai kursus-kursus “prerequisite” yang perlu diambil, walaupun dah penuh “quota” tetapi pelajar masih terpaksa mendaftar kerana kalau tidak mengikuti kursus itu sekarang, jadi tak boleh ambil kursus yang seterusnya.

3.                   Encik Faisal telah menanyakan mengenai 6 “Objectives” and 11 “Outcomes” OBE – Dr. Kamal telah menerangkan apa yang mahu/perlu dicapai oleh oleh bakal graduan  sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian diperingkat sarjana muda (i.e.  11 “Outcomes), manakala  objektif pula ialah kemampuan graduan mencapai (i.e. 6 objectives) setelah beberapa tahun mereka bekerja di industri.

4.                   Encik Faisal telah komen mengenai kesesuaian objektif 3 – “to uphold the Malay language” dalam era globalized dan marketable para graduan di dalam pasaran kerja yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris dari aspek operasi dan komunikasi harian.

5.                   Dr. Norhamidi telah memberikan hujah mengenai penggunaan bahasa Melayu dan pengajaran (i.e. kuliah dan makmal) kerana mengikuti aspirasi penubuhan UKM dan dalam masa yang sama menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam membuat pembentangan lisan dan kerja kursus. Ini dilakukan untuk memahirkan pelajar dalam menggunakan bahasa Inggeris.

6.                   Menurut Dr. Sharir – pada 2007 50% daripada kursus-kursus yang ditawarkan di UKM akan diajar dalam bahasa Inggeris.

7.                   Encik Faisal berpendapat bahasa Inggeris perlu digunakan sepenuhnya dalam pengajaran kerana ianya lebih mudah untuk difahami oleh pelajar berbanding dengan bahasa Melayu. Ini disebabkan kebanyakan buku rujukan ditulis dalam bahasa Inggeris. 

8.                   Menurut Encik Faisal dan Encik Khalid kemampuan teknikal graduan daripada universiti tempatan adalah setanding dengan graduan universiti luar negara. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes graduan universiti tempatan lemah dari segi kemahiran pembentangan dan temuduga yang dijalankan dalam bahasa Inggeris.

9.                   Menurut Prof. Dr. Yusof Ali, graduan universiti tempatan telah belajar dalam bahasa Malaysia dari sekolah rendah hingga ke peringkat matrikulasi, jadi sukar untuk menyesuaikan/memahirkan diri dalam penggunakan bahasa Inggeris.

10.               Dr. Kamal bertanya pada Encik Faisal mengenai kemajuan yang dicapai oleh graduan baru mula bekerja sehingga 3 – 4 bekerja. Encik Faisal menyatakan bahawa graduan yang hanya mahir dari segi teknikal dan lemah serta kurang “self-confident” masih kekal sebagai jurutera, manakala yang berkemampuan berkomunikasi dan mempunyai “self-confident” yang tinggi cepat mendapat kenaikan pangkat ke peringkat pengurusan.

11.               Menurut Encik Khalid, rintangan awal graduan di dalam alam pekerjaan sebagai jurutera ialah kemampuan untuk menyelesaikan masalah secara sistematik. Ini kerana kebanyakan tugas jurutera di industri ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah kejuruteraan. Apabila sudah mempunyai kemampuan dalam menyelesaikan masalah, jurutera akan mendapat kenaikan gaji dan pangkat dengan lebih mudah.

12.               Menurut Encik Faisal, peranan universiti ialah untuk menyediakan pelajar untuk bekerja dari aspek teknikal, komunikasi, kemahiran dan keyakinan untuk membentangkan pengetahuan yang ada dalam diri masing-masing.

13.               Menurut Dr. Kamal, pihak universiti telah mengadakan kaji selidik “exit survey”  untuk pelajar yang telah menamatkan pengajian. Hasil kaji selidik menunjukkan kebanyakan pelajar ingin mencapai “outcome” No. 2 “to become competent and ethical professional engineers”.

14.               Encik Khalid dan Encik Faisal bersetuju dengan “outcome No. 7”.

15.               Menurut Encik Khalid para graduan muda patut memulakan kerjaya mereka di syarikat kecil yang memberikan peluang mempelajari “multi-skills and multi-areas” dalam bidang teknikal & pengurusan. Pengalaman ini lebih bernilai berbanding dengan menjalankan satu tugas di syarikat besar.

16.               Encik Khalid dan Encik Faisal mencadangkan agar pelajar didedahkan dengan program keusahawanan untuk memberikan pelajar “flexibility” berbanding hanya menumpukan kursus-kursus kejuruteraan sahaja.

17.               Menurut Dr. Kamal universiti menghadapi konflik diantara memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan dalam masa yang sama memenuhi kehendak/keperluan industri. 

18.               Fokus industri ialah untuk mendapatkan keuntungan  semata-mata, oleh itu universiti perlu membuat “judgement on the scope and depth of the knowledge they want to impart to the students”.  

19.               Menjemput penceramah daripada industri untuk memberi ceramah kepada pelajar tentang bagaimana jurutera boleh menjadi usahawan (entrepreneurs).

20.               Pelajar kejuruteraan perlu juga diasuh/dididik agar menjadi lebih kreatif  dalam menggunakan ilmu pengetahuan kejuruteraan yang telah mereka pelajari di universiti.

 

 

Disediakan oleh: Dr. Hj Baba Md Deros