Pengenalan

Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) ditubuhkan pada 1 Januari 2006. Pusat ini menjalankan penyelidikan bersifat multidisiplinari dan transdisiplinari dengan tumpuan kepada empat tema utama iaitu Pembangunan dan Kesejahteraan Manusia; Perbandaran dan Wilayah; Ekosistem dan Lanskap; dan Persekitaran Global. Penyelidikan rentas-isu yang ditekankan meliputi kekurangan, kemusnahan, kemudahterancaman, kekentalan, adaptasi dan integriti dalam konteks kelestarian sistem sosio-ekologi.

| Objektif Penubuhan |

  • Untuk menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan kelestarian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Untuk menyokong visi dan misi Negara dalam mencapai pembangunan lestari melalui penyelidikan kelestarian
  • Untuk menjadi sumber rujukan kepada pihak berkepentingan dalam menangani isu kelestarian