Program Pengajian
- Sarjana Sains (Alam Sekitar dan Pembangunan)
- Sarjana Sastera (Alam Sekitar dan Pembangunan)
- Doktor Falsafah (Alam Sekitar dan Pembangunan)
Bidang Pengkhususan (dibawah KASES):
- Pembangunan dan Kesejahteraan Sosial | Development and Social Well-being
- Pembandaran dan Wilayah | Urbanization and the Region
- Ekosistem dan Lanskap | Ecosystem and Landscape
- Pendidikan untuk Pembangunan Lestari | Education for Sustainable Development
Sinopsis bidang
1. Pembangunan dan Kesejahteraan Sosial | Development and Social Well-being
Bagi mencapai pembangunan mampan dan kemakmuran sosial, paradigma baharu diperlukan yang bukan sahaja tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi juga kepada pengagihan
sumber yang adil dan akses kepada perkhidmatan asas. Ini melibatkan kerjasama antara pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta, untuk mewujudkan
dasar yang inklusif dan saksama. Dengan pendekatan holistik dan kritikal, pembangunan boleh menjadi alat untuk mencapai kebajikan sosial yang mampan untuk semua lapisan
masyarakat.
In order to achieve sustainable development and social prosperity, a new paradigm is needed that is not only focused on economic growth, but also on distribution fair resources and access to basic services. This involves collaboration between stakeholders, including government, civil society and the private sector, to create inclusive and fair policy. With a holistic and critical approach, development can be a tool to achieve sustainable social welfare for all levels society.
2. Pembandaran dan Wilayah | Urbanization and Region
Cabaran untuk menangani isu-isu pembandaran dan wilayah yang kompleks untuk masa kini dan akan datang memerlukan satu pendekatan syumul yang mengintegrasikan bidang ilmu yang mampu memudah-cara keperluan sosial, kualiti hidup dan kelestarian fungsi ekosistem bandar. Bidang pengajian ini menggemblingkan ilmu sosial sains, sains fizikal, sains semulajadi dan sains gunaan yang berkaitan dengan aspek penting alam sekitar dan kelestarian merujuk kepada hubungannya kepada keperluan manusia dan alam sekitar. Bidang pengajian ini akan mendedahkan
kepada pelajar ilmu, pendekatan dan kaedah inovatif untuk membentuk maklumbalas menangani cabaran proses pembandaran dan wilayah yang kompleks bagi mencapai kelestarian bandar dan membentuk bandar berdayahuni dimasa hadapan. Keutamaan akan memberikan tumpuan kepada aspek penting proses pembandaran dan keperluan pembangunan lestari. Bagi aspek pengurusan bandar dan wilayah bandar, ilmu berkaitan dengan governans untuk kelestarian bandar akan diperkenalkan. Ilmu perancangan bandar untuk kelestarian bandar yang mengintegrasikan tiga teras utama pembangunan lestari akan membantu pelajar memahami aspek perancangan pembandaran lestari. Sehubungan dengan itu ilmu Sistem Maklumat Geografi (GIS) sebagai alat membantu kefahaman dan gambaran ilmu perancangan dan pengurusan bandar lestari untuk keperluan perancangan pembandaran lestari. Bidang ilmu metabolisme bandar memberikan pelajar pengetahuan dan kefahaman proses dalaman bandar bagi memastikan kelestarian bandar dan dalam usaha membentuk bandar berdayahuni.
Contemporary and future complex urbanization and region issues challenges demand a holistic and coordinated approaches which integrate key discipline knowledge, that facilitate the need of social, quality of life and the ecosystem function sustainability. The subject of study introduces to student different perspective about science for urban and region sustainability. The subject integrates the discipline of knowledge in the field of social science, physical science, natural science and applied science as related to key environmental and sustainability aspects, with regards to the needs of human and environment. The subject introduces student approaches and innovative methods to develop responds in dealing with challenges of complex urbanization and region process towards achieving urban sustainability for the establishment and formation for livable city in the future. The subject focus on key aspects which are important for urbanization and region process and the need for urban sustainability. In reference to urban management, discipline related to governance for urban sustainability will be introduce. Urban planning discipline for urban sustainability which integrate the needs of three pillars of sustainable development helps students to understand the important aspect of planning for urban sustainability. Hence discipline of geographical information system (GIS) as a tool, help student to understand and visualize the discipline of planning and management of planning for urban sustainability. Urban metabolism is an important discipline provide knowledge and understanding about the internal process of the urbanization process which needed to ensure urban sustainability and to achieve urban livability.
3. Ekosistem dan Lanskap | Ecosystem and Landscape
Ekologi dan Landskap menawarkan peluang kepada pelajar doktor falsafah dan sarjana untuk meneroka penyelidikan yang meliputi kemusnahan, kemudahancaman, kekentalan, adaptasi, integriti dan kekurangan yang berlaku terhadap ekosistem-ekosistem daratan dan akuatik seperti hutan, tanah bencah, perairan pantai, sungai, dan lautan yang dinilai dalam konteks pembangunan lestari dan/atau kelestarian. Selain itu, Ekologi dan Landskap juga menawarkan penyelidikan mengenai warisan seperti landskap budaya, monumen serta seni bina dan reka bentuk tradisional dengan tumpuan kepada pemuliharaan, pengurusan dan tadbir urus ke arah kelestariannya.
Ecology and Landscape offers opportunities for doctoral and masters students to explore research related to the destruction, vulnerability, resilience, adaptation, integrity and scarcity of terrestrial and aquatic ecosystems such as forests, wetlands, coastal areas, rivers, and oceans which is evaluated in the context of sustainable development and/or sustainability. In addition, Ecology and Landscape also offers research on heritage such as cultural landscapes, monuments as well as traditional architecture and design with the focus on conservation, management and governance towards their sustainability.
4. Pendidikan untuk Pembangunan Lestari | Education for Sustainable Development
Pendidikan merupakan satu proses, pentas dan alat untuk membolehkan manusia dan masyarakat memperolehi ilmu dan teknologi. Dalam konteks untuk mencapai Pembangunan Lestari, pendidikan merupakan perkara penting dalam usaha untuk membina ilmu untuk pengetahuan, memberikan kefahaman untuk memastikan amalan dan tindakan yang betul, serta keperluan untuk pembudayaan amalan dan tindakan dalam usaha untuk mencapai pembangunan lestari. Dalam konteks in sasaran adalah kepada semua peringkat daripada murid sekolah hingga kepada masyarakat dewasa, dimana implikasi pengetahuan, amalan dan pembudayaan oleh kumpulan sasaran ini menjadi subjek penting untuk menentukan implikasi proses pendidikan untuk pembangunan lestari. Pengajian dalam bidang Pendidikan untuk Pembangunan Lestari memberikan ruang kepada pelajar untuk merungkai dan menyelidik bagaimana pendidikan yang disediakan dapat mendokong usaha-usaha untuk mencapai pembangunan lestari. Sudut pengajian bagi bidang Pendidikan untuk Pembangunan Lestari boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Bukan sahaja dalam pentas dan proses persekolahan dan institusi pengajian tinggi, malahan dalam usaha untuk mendidik mesyarakat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pintar bagi mencapai kesejahteraan dan berdayahuni ke arah pembangunan lestari. Malahan bidang pengajian ini juga memberikan ruang kepada pelajar untuk meneroka aspek yang lebih luas dalam menilai impak dan sumbangan Pendidikan untuk Pembangunan Lestari.
Education is a process, platform, and tool to enable humans and society to acquire knowledge and technology. In the context of achieving Sustainable Development, education is an important process and tool in the effort to build knowledge for know- how, provide understanding to ensure correct practices and actions, in the process for the cultivation of practices and actions towards achieving sustainable development. In this context, the target is for all levels from school students to adults, where the implications of knowledge, practices and culture by this target group are important subjects to determine the implications of the educational process for sustainable development. Studies in the field of Education for Sustainable Development provide space for students to unravel and research how the education provided can support efforts to achieve sustainable development. The study for the field of Education for Sustainable Development can be viewed from various angles. Not only in the platform and process of schools and institutions of higher learning, but also in an effort to educate the community to be part of a smart community which drive to achieve prosperity and be livable towards sustainable development. In fact, this field of study also provides freedom for students to explore broader aspects in assessing the impact and contribution of Education for Sustainable Development.