Tahniah Puan Ku Adriani binti Ku Ayob

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Ku Adriani binti Ku Ayob, Pegawai Penyelidik Kanan LESTARI diatas penerimaan Anugerah PERTADI (Penulisan Sains dan Teknologi).

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab, Presiden MASTI dan Tuan Haji Zainuddin bin Mohd. Daud, Presiden PERTADI sempena Mesyuarat Agung PERTADI dan Jamuan Raya PERTADI yang diadakan di Dewan Persidangan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM pada 8 Mei 2024 (Rabu) yang lalu.

Terdapat 11 kategori yang telah dipertandingkan. Berikut merupakan senarai nama pemenang.

1. Anugerah Tokoh PERTADI – Cik Rohaya Umar (Pustakawan)
2. Anugerah Tokoh Terbilang PERTADI – Dr. Mohd Azman (PK-UKM)
3. Anugerah Tokoh Harapan PERTADI – Encik Mohamad Shahril (Prasarana)
4. Anugerah PERTADI (Sukan & Rekreasi) – Encik Muhammad Aizuddin (Jab. Pendaftar)
5. Anugerah PERTADI (Penyelidikan Sains dan Teknologi) – Encik Lim Chuon Sian (LESTARI)
6. Anugerah PERTADI (Penyelidikan Sains Sosial) – Dr. Rosafizah (JPP)
7. Anugerah PERTADI (Khidmat Komuniti dan Kesukarelawan) – Encik Ahmad Zamri (HCTM)
8. Anugerah PERTADI (Penulisan Sains dan Teknologi) – Puan Ku Adriani (LESTARI)
9. Anugerah PERTADI (Penulisan Sains Sosial) – Puan Sri Yanti (ATMA)
10. Anugerah PERTADI (Tadbir Urus Kreatif dan Inovasi) – Puan Suraya (Jab. Bendahari)
11. Anugerah PERTADI (Inovasi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) – Encik Mohamad Mahathir (LESTARI)

Anugerah ini merupakan tanda penghargaan PERTADI kepada ahli yang menonjol dalam bidang dan bakat masing-masing. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Ku Adriani serta penerima anugerah yang lain di atas kesetiaan dan sumbangan perkhidmatan terbaik selama di UKM. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada UKM yang dicintai.

#PersatuanPegawaiTadbirdanIkhtisas #PERTADIUKM