Bengkel Strategies for Writing and Publishing in Peer-Reviewed Journal

Bengkel Strategies for Writing and Publishing in Peer-Reviewed Journal anjuran Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) telah berjaya diadakan selama dua hari bermula dari 3hb hingga 4hb Disember 2024 bertempat di Bilik Kuliah Utama LESTARI dan dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah, Felo Kanan LESTARI.

Bengkel ini telah dibahagikan kepada 4 sesi iaitu
1. Pemilihan Jurnal
2. Abstrak dan Pengenalan
3. Metodologi dan Keputusan
4. Perbincangan dan Rujukan

Jumlah kehadiran yang dicatatkan adalah 15 pelajar yang terdiri daripada 12 pelajar dari LESTARI, dua pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan seorang lagi dari Fakulti Pendidikan (FPend). Pelbagai soalan dan kemusykilan berkaitan penerbitan jurnal telah diajukan oleh pelajar, sekaligus menjadikan bengkel ini lebih interaktif. Pengalaman dan ilmu penerbitan jurnal yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dr. Saiful sepanjang bengkel ini, diharap dapat membantu pelajar dalam menerbitkan lebih banyak jurnal yang berkualiti pada masa akan datang.

Laporan oleh
Ku Adriani