Diskusi KASES 1: Understanding the Extent of Vulnerability among Orang Asli
Tempat: Bilik Mesyuarat 2, LESTARI UKM
Tarikh: 26 Jun 2019
Masa: 2.30 petang
?
Diskusi KASES 1 yang bertajuk “Understanding the Extent of Vulnerability among Orang Asli” adalah perbincangan berkaitan hasil projek penyelidikan LRGS bertajuk “Evolutionary Genomics and Anthropological Appraoches on the Endangered Malaysian Orang Asli Populations: Towards Ensuring their Sustainability”. Projek ini telah dibentangkan oleh ketua projek LRGS iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohd Zaki Salleh dari Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE), UiTM. Turut hadir dalam sesi ini adalah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hood Salleh, Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah, Dr. Sharina Abdul Halim, Dr. Zanisah Man, Dr. Nuriah Abd Majid, Dr. Nor Diana Mohd Idris, Prof. Dr. Teh Ley Kek (iPROMISE), dan En. Muhammad Hisyam Jamari (iPROMISE). Isu utama yang dibincangkan berkaitan langkah ke hadapan untuk membawa hasil penyelidikan LRGS dalam bentuk polisi penasihatan kepada pihak perancang, berkuasa dan pembuat dasar demi kelestarian kehidupan masyarakat Orang Asli secara keseluruhannya.
?
Laporan oleh Dr. Sharina Abdul Halim.