Perbincangan Jalinan Kerjasama di antara LESTARI dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)
Tarikh: 8 Julai 2019
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat LESTARI
Satu perbincangan jalinan kerjasama di antara LESTARI dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) telah diadakan pada 8 Julai yang lalu. Perbincangan ini bertumpu kepada persediaan aktiviti untuk Program Desa Harapan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang akan diadakan di Pulau Langkawi pada pertengahan bulan Julai 2019.
Dalam perbincangan ini, UKM dan HDC telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti bersama diantaranya Seminar Kesedaran Halal Malaysia dan juga Program Halal Cilik. Program-program ini mensasarkan semua golongan berkepentingan termasuklah pelajar sekolah, golongan belia dan pemain industri di Pulau Langkawi. HDC juga berhasrat untuk melaksanakan program bersama pemandu pelancong Langkawi yang berkaitan perkhidmatan halal dan perlancongan islamik. Perbincangan juga merangkumi keperluan untuk kerjasama jangka panjang antara UKM dan HDC melalui LESTARI, Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Sains Kesihatan.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Fariz, LESTARI UKM dan dihadiri oleh kakitangan HDC, Encik Mohamad Romzi Sulaiman (Pengurus Kanan HDC), Ustaz Fadzli Aziz, Cik Izzati Afiqah Mohd Darif dan Mohd Kazif Othman. Manakala wakil dari UKM pula terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hasnah Haron dan Dr. Nor Afifi Razaob dari Fakulti Sains Kesihatan, UKM dan Encik Izzreen Ishak wakil kepada Prof. Madya Dr. Maarof Abd Ghani, Dr. Sharina Abdul Halim, LESTARI UKM dan Cik Ku Adriani Ku Ayob, LESTARI UKM.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.