Podcast Fakta & Analisis

Podcast Fakta & Analisis

Anjuran:  Institut Darul Ehsan (IDE)

Topik:  Belanjawan 2025: Pembugaran Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat

Tarikh:  24 Oktober 2024 (3 Petang)

Pada 24 Oktober 2024 yang lepas, Dr. Rospidah Ghazali, Felo Penyelidik Pusat KASES, LESTARI telah dijemput di dalam sesi podcast Fakta dan Analisis bagi mengulas  Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024.   Podcast tersebut adalah anjuran Institut Darul Ehsan, jam 3.30 petang dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Facebook dan Yotube.  Selain Dr. Rospidah, podcast ini juga melibatkan En Khairul Ariffin Mohd Munir, Pengurus Kanan Institut Darul Ehsan.   Manakala En. Hanif Ahmad, Eksekutif Program Institut Darul Ehsan bertindak selaku moderator.  Antara perkara penting yang diketengahkan di dalam podcast ini ialah Ikhtiar-ikhtiar yang dibangunkan merangkumi hampir keseluruhan sektor ekonomi dan kumpulan-kumpulan masyarakat.  Belanjawan 2025 dilihat menyokong kepada pelaksanaan lima pelan perancangan utama negara iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, Pelan Strategi Semi Konduktor Kebangsaan, Pelan Tindakan Kuala Lumpur dan pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera. Pengukuhan dasar fiskal negara disokong negara pembaharuan subsidi secara bersasar secara berperingkat. Turut dibincangkan ialah Belanjawan 2025 yang digubal untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup terutamanya kumpulan B40 dan M40, ikhtiar untuk menangani jurang pembangunan, aspek pendidikan, naik taraf kesihatan dan infrastruktur bandar dan luar bandar.  Dr. Rospidah juga menekankan kepentingan aspek penyampaian peruntukan kepada kumpulan sasaran dengan berkesan.

Oleh:
Dr. Rospidah Ghazali