Seminar Cabaran Menjayakan SDGs di dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global: Perkongsian Pengalaman Malaysia-Indonesia & Perbincangan Kerjasama KASES LESTARI & Asosiasi DKLPT
Pada 23hb Febuari 2024, bertempat di Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah berlangsung seminar bertajuk Cabaran Menjayakan SDGs di dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global: Perkongsian Pengalaman Malaysia-Indonesia. Seminar ini merupakan anjuran bersama antara Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dan Asosiasi Dosen Kolaborasi Lintas Perguruan Tinggi (DKLPT), Indonesia. Seminar setengah hari ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan cabaran dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals-SDGs) oleh Malaysia dan Indonesia. Sebelum sesi pembentangan bermula, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Madya Dr. Sharina Abdul Halim, Timbalan Pengarah LESTARI dan disusuli oleh ucapan balas oleh Ibu Ainun Nazriah bagi pihak Asosiasi DKLPT. Sebanyak empat kertas dibentangkan di mana dua kertas daripada pihak KASES LESTARI UKM dan dua kertas lagi dibentang oleh pihak Asosiasi DKLPT. Sesi pembentangan dipengerusikan oleh Dr. Rospidah Ghazali, Ketua Pusat KASES. Kertas pertama disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah dari LESTARI dengan tajuk Usaha dan cabaran memulihara kawasan dilindungi di Semenanjung Malaysia dalam konteks SDG15. Kertas kedua pula dibentang oleh Dr. Citra Dewi dari Asosiasi DKLPT, dengan tajuk Building human resources in village communities through sustainable collaboration between universities and the government. Manakala Dr. Nor Diana Mohd Idris dari LESTARI sebagai pembentang ketiga berkongsi pengalaman dengan tajuk Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di Malaysia: Isu dan cabaran pengeluaran padi di Malaysia. Pembentang terakhir iaitu Ibu Ainun Nazriah dari Asosiasi DKLPTtelah membantang kertas bertajuk The role of higher education in implementing SDGs agenda : Lesson learn from Indonesia. Selesai sahaja seminar, program seterusnya dilanjutkan kepada perbincangan kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang meliputi kerjasama penyelidikan, pertukaran program pelajar dan pensyarah, seminar, persidangan dan lain-lain yang memberi manafaat kepada kedua-dua pihak. Sebagai permulaan Surat Hasrat (Letterof Intent) telah ditandangani antara LESTARI UKM dan Asosiasi DKLPT dan aktiviti kerjasama seterusnya bakal direncana dan dilaksanakan di masa depan.
Dr. Rospidah Ghazali