Tahniah Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
Warga KASES ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed kerana berjaya mendapatkan dana luar kebangsaan dari Jabatan Alam Sekitar bernilai RM50,000.00. Kajian yang bertajuk Projek Perintis Kampus Lestari – Anugerah Alam Sekitar (KLAAS) di Malaysia ini bermula dari 1 Februari 2024 sehingga 31 Januari 2025. Semoga Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan KASES, LESTARI dan UKM. Syabas diucapkan sekali lagi.