Syabas dan Tahniah PM Dr. Saiful Arif.
Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah LESTARI untuk tempoh tiga (3) tahun mulai 22 Januari 2018 hingga 21 Januari 2021.
Pihak LESTARI mengucapkan tahniah atas pelantikan ini dan semoga PM Dr. Saiful dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan LESTARI dan UKM. Syabas diucapkan sekali lagi.