Untuk pengetahuan para penghuni Kolej Burhanuddin Helmi telah melaksanakan SISTEM MERIT yang telah dikuatkuasakan pada 1 SEPTEMBER 2015 (Semester 1 2015/2016). Sistem ini dilaksanakan adalah untuk melatih pelajar-pelajar untuk bergiat aktif dalam program-program selain akademik seperti program kesukanan, kebudayaan, pengurusan acara/pertandingan dan kemasyarakatan untuk melahirkan pelajar yang citra dan berkebolehan selain mendapat ilmu dan pengalaman yang bermanfaat.