Memperketatkan Sistem Keselamatan Pada Waktu Malam

Bahagian Keselamatan UKM telah diarah untuk memperketat sistem keselamatan kampus pada waktu malam dengan segera, langkah berikut akan diambil:

  • Pintu 1 (Utama) dibuka 24 jam tetapi jalan masuk di lencongkan ke Jalan Bunga Raya(berdekatan DECTAR) mulai jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi. Pengguna pada waktu ini boleh keluar melalui jalan yang sama ke Bulatan Ilmu terus keluar kampus.
  • Pintu 2 ditutup mulai jam 8.00 malam dan akan di buka pada jam 6.00 pagi keesokan harinya setiap hari kecuali jika ada majlis-majlis tertentu yang dimaklumkan lebih awal.
  • Pintu 3 (Lingkungan 2) ditutup jam 7.00 malam dan dibuka jam 7.00 pagi keesokannya. Peraturan ini berkuat kuasa mulai 10 September 2015.