Hari Keluarga Kolej Dato’ Onn 2017

Kolej Dato’Onn UKM (KDO), baru-baru ini menganjurkan Hari Keluarga Kolej sebagai usaha untuk merapatkan  hubungan antara mahasiswa kolej dan pengurusan tertinggi kolej kediaman pada hari Sabtu, 16 September 2017 yang lalu. Hari Keluarga Kolej ini juga merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun di kolej.

Penglibatan mahasiwa tidak kira sama ada pelajar tahun 1 , tahun 2 serta tahun 3 semasa Hari Keluarga Kolej ini telah menunjukkan bahawa mahasiswa kolej amat berminat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej dan mempunyai semangat cinta dan sayang akan kolej kediaman.

Aktiviti pada acara dimulakan dengan gotong royong di sekitar kolej kediaman bagi membersihkan kawasan sekitar kolej. Terdapat sebilangan kecil mahasiswa yang mengemas dan mengecat semula dinding di surau kolej agar ruang di dalam surau sentiasa terlihat kemas dan memberi keselesaan bagi mahasiswa apabila menunaikan solat.

Aktiviti pada sebelah malam pula diteruskan dengan jamuan BBQ bagi meraikan usaha mahasiswa yang telah menyertai Hari Keluarga Kolej. Pelbagai hidangan yang telah disajikan. Aktiviti seperti ini menunjukkan komitmen pelajar dalam menjaga dan membina hubungan baik Antara warga kolej. Ini juga menunjukkan bahawa pelajar juga ingin mengimbangi aspek akademik dan fizikal mereka dalam kehidupan mereka. Mahasiswa juga perlu bijak dalam pengurusan masa agar pembelajaran dan penglibatan kolej setiasa dalam keadaan terkawal serta memberi keseronokkan kepada mahasiswa kolej.

Pihak pengurusan kolej menegaskan bahawa program seperti ini adalah salah satu daripada platform untuk menyambung semula hubungan antara pelajar dan pengurus kolej. Program ini juga memberi para pelajar peluang untuk memahami pentadbiran kolej dan bertujuan untuk menggalakkan pelajar melakukan aktiviti rekreasi, memupuk semangat cinta dan sayang akan kolej, semangat kerja pasukan serta meningkatkan kualiti pelajar.

 

Ditulis oleh : Nurul Nadhirah Binti Isa