HARI INTERAKSI SUKAN KOLEJ DATO’ ONN SESI 2018/2019

Hari Interaksi Sukan ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi (SUKRA) dengan kerjasama Eksekutif Sukan dan Rekreasi Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato’ Onn, UKM. Program ini diketuai oleh ketua kelab SUKRA iaitu Husni Ikmal Bin Ishak dan MEP Sukan dan Rekreasi KDO iaitu Muhammad Safwan bin Saleh Hudin. Program ini berlangsung pada 21-23 September 2018 yang bertempat di gelanggang sukan UKM. Program ini dipantau secara langsung oleh Felo Kediaman Sukan dan Rekreasi Kolej Dato’ Onn iaitu Saudari Nur Fadzrin binti Tarmizi. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar Kolej Dato’ Onn seramai 264 orang yang melibatkan pelajar tahun 1, 2, 3 dan 4. Terdapat 10 sukan yang dipertandingkan antaranya ialah Futsal, Ping Pong, Bola Jaring, Catur, Bola Baling, Badminton, Bola Tampar, Bowling Felo, Sepak Takraw dan Aktiviti Sukaneka.

Antara tujuan program ini dijalankan adalah yang pertamanya untuk mencari bakat-bakat baru untuk Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) yang akan datang. Seterusnya adalah untuk mengasah bakat sukan dalam kalangan mahasiswa/I Kolej Dato’ Onn. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara semua pelajar dan felo di Kolej Dato’ Onn. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memenuhi tuntutan university dalam berprogram iaitu, memenuhi KRA#1 UKM: Graduan beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.

Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan objektif program ini dapat dicapai apabila telah berjaya menemui bakat-bakat sukan baru yang boleh diketengahkan lagi untuk kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) nanti, serta dapat kenal lebih rapat lagi antara semua pelajar di Kolej Dato’ Onn. Pelajar-pelajar juga menunjukkan respon yang positif terhadap program ini.

Disediakan oleh: Husni Ikmal Bin Ishak
Foto oleh: Dato’ Onn Production and Events (DOPE)