PLOGGING AND TRASH CHALLENGE SESI 2019//2020

Plogging and Trash Challenge 2019 (PTC) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Eksekutif Perhubungan Koprat, Alumni dan Antarabangsa. Program ini merupakan inisiatif kecil yang dilaksanakan oleh warga Kolej Dato’ Onn dalam menjalankan aktiviti memelihara alam sekitar. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Kolej Dato’Onn, Keadaan alam sekitar yang semakin meruncing telah menyebabkan warga Kolej Dato’ Onn bersatu hati bagi melaksanakan usaha kecil ini bersama.

Pada tahun 2019, seramai 40 orang ekorelawan Plogging and Trash Challenge telah melaksanakan projek pembersihan di Pantai Kelanang, Banting, Selangor pada 17 November 2019. Melalui pelaksanaan program ini, kawasan di Pantai Kelanang telah dibersihkan atas usaha warga Kolej Dato’ Onn. Sampah-sampah yang dikutip telah dikumpulkan dan diasingkan mengikut jenis. Melalui program ini, kesedaran peserta terhadap isu pembuangan sampah dan alam sekitar sedikit sebanyak berjaya untuk ditingkatkan. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang lebih cakna terhadap alam sekitar dan mampu untuk mengambil langkah bagi memelihara alam sekitar.

Disediakan oleh : Hafizal Aiman