Agihan Makanan Sempena Hari Raya Aidiladha 2021 oleh JOA
Bangi, Selangor – Kolej Dato’ Onn (KDO), UKM telah menganjurkan program agihan makanan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai 2021, anjuran Journey of ASEAN (JOA) dan bertempat di Kafetaria Kolej Dato’ Onn. Pengagihan ini bertujuan meraikan mahasiswa/i KDO yang masih berada di kolej semasa Hari Raya Aidiladha. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk memakai pakaian tradisi iaitu berbaju Melayu atau berbaju kurung untuk mewarnai program tersebut. Seterusnya, program ini telah melibatkan 210 orang mahasiswa/i KDO termasuk 17 orang jawatankuasa yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Pelaksanaan dan perjalanan program bermula dan berakhir dengan lancar di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Program agihan makanan Hari Raya Aidiladha pastinya memberi makna kepada mahasiswa/i KDO yang masih berada di kolej untuk mengubat rindu terhadap ahli keluarga yang berada di kampung. Juadah perayaan Aidiladha kali ini disediakan oleh pihak Sinar Cafe (Kafetaria KDO) dan Mega Bites (Kafetaria KAB) yang terdiri daripada nasi himpit, lemang, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang dan teh ais cincau. Majlis pengagihan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran DSP/KS Prof. Madya Ts. Dr. Norinsan Kamil, pengetua Kolej Dato’ Onn, Majlis Felo, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan juga mantan barisan Majlis Tertinggi JOA yang turut bersama-sama menyerahkan set makanan kepada para pelajar.
Disediakan oleh:
Nur Liely Zulida Binti Zulkifli
Muhammad Aidil Adha Bin Zulkurnain
Foto oleh: Jawatankuasa Media dan Publisiti Journey of ASEAN: Malaysia