Jom Jimat Air
Seperti yang kita sedia maklum, walaupun tempias terputus bekalan air sempat dirasai, namun KDO antara kolej yang bernasib baik kerana masih mempunyai bekalan air yang mencukupi sehingga hari ini. Alangkah bertuahnya kita sebagai warga KDO. Oleh itu, dalam usaha untuk memastikan nikmat itu berkekalan, kami di barisan Majlis Eksekutif Pelajar KDO sesi 2014/2015 bersama barisan Pentadbiran Kolej ingin melancarkan Kempen ‘Jom Jimat Air!’
“Mahasiswa prihatin, mahasiswa bertanggungjawab”