KEMBARA MAHASISWA – KELAB AKRAB KDO 2018

Kembara ini yang diketuai oleh Ketua Kelab Akrab KDO iaitu saudara Muhamad Noor Syafiq bin Mohd Salleh bersama-sama 25 lagi pendaki yang juga terdiri daripada barisan Pemudah Cara (PC) Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) Sesi 2018/2019 memulakan pendakian pada pukul 8:30 pagi, 28 Julai 2018. Program ini adalah program pertama anjuran kelab Akrab Kolej Dato Onn dan merupakan program pertama yang dijalankan sebelum bermulanya MMM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kekuatan mental dan fizikal para PC yang akan bertugas dalam melaksanakan MMM yang bakal tiba kelak. Program ini diiringi dua felo pemantau iaitu Saudara Mohamad Adli dan Saudari Siti Nur Husna bagi memastikan keselamatan dan Kelancaran program ini.

            Memiliki ketinggian 1276 meter ( 4187 kaki ) di atas paras laut, pendakian Gunung Ledang di Tangkak, Johor, benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal para pendaki. Namun, tidak sesekali mematahkan semangat pendaki yang bekobar-kobar untuk sampai ke puncak Gunung Ledang tersebut.

          Sebanyak lapan (8) check-point yang dilalui sepanjang pendakian ke puncak gunung. Laluan demi laluan, meredah rimbunan pepohon yang menghijau diiringi cuaca sepanjang perjalanan yang hening serta udara segar dan nyaman, membuatkan para pendaki meneruskan pendakian walaupun penat dan Lelah kadang menyapa. Namun, ini tidak melemahkan semangat mereka untuk menawan puncak Gunung Ledang.

          Jumlah masa yang diperlukan untuk semua peserta program menawan puncak Gunung Ledang adalah sebanyak 10 jam. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan dan perkara yang tidak di ingini berlaku sepanjang pendakian dijalankan.

          Aktiviti pendakian ini berjalan dengan lancar dan objektif program ini dapat dicapai apabila setiap pendaki menunjukkan respon yang positif terhadap cabaran yang telah mereka lalui dan kini bersedia untuk cabaran yang bakal tiba. Segala pengalaman dan pengajaran sepanjang pendakian tersebut akan dipraktikkan dalam hari hari yang akan datang untuk jadikan sebagai suatu pembakar semangat untuk mencapai sesuatu matlamat bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.