MINGGU MESRA MAHASISWA SESI 2019/2020

Minggu Mesra Mahasiswa (3M) merupakan program berbentuk orientasi pelajar yang diadakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada setiap tahun. Minggu Mesra Mahasiswa bertujuan memperkenalkan kepada pelajar baharu tentang UKM sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran di universiti ini. Seramai 259 orang mahasiswa dan mahasiswa baharu sesi 2019/2020 ditempatkan di Kolej Dato’ Onn, UKM.

Pada sesi 2019/2020, Minggu Mesra Mahasiswa diadakan bermula pada 2 September 2019 hingga 6 September 2019. Para pemudahcara Kolej Dato’ Onn yang diketuai oleh Saudara Muhammad Noor Shafiq Salleh yang juga merupakan Ketua Eksekutif Kolej Dato’ Onn, menyediakan pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik khusus untuk para pelajar baharu Kolej Dato’ Onn bagi sesi 2019/2020. Selain aktiviti di peringkat kolej yang juga merupakan domain kepimpinan, para pelajar baharu juga didedahkan dengan suasana di fakulti melalui aktiviti 3M @ Fakulti. Melalui aktiviti ini juga, para pelajar baharu juga didedahkan dengan bidang pengajian mereka.

Sejurus setelah selesainya program di fakulti, mereka meneruskan program 7 Domain iaitu melalui kesemua domain ini,setiap pelajar perlu mengambil bahagian dalam program ini. 7 Domain tersebut adalah domain kesukarelawanan, keusahawanan, inovasi, kelestarian, kebudayaan, sukan, dan kepimpinan. Setiap domain dijalankan didalam UKM sendiri dan beberapa tempat berhampiran UKM manakala domain kepimpinan dijalankan di kolej kediaman masing-masing.

Para pelajar baharu sesi 2019/2020 secara rasmi menjadi mahasiswa UKM setelah selesai sesi ikrar pelajar baharu di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Sesi ikrar ini merupakan sesi tradisi dan menjadi satu kewajipan dalam 3M. Daripada sesi inilah, para pelajar berjanji akan memikul amanah sebagai seorang pendaulat amanah negara.

Disediakan oleh : Muhammad Zamri