Sisi Gelap Protokol

Pengenalan

Program Sisi Gelap Protokol dianjurkan oleh Kelab protokol Kolej Dato’ Onn. Program ini berlansung pada 22 Februari 2017 bersamaan hari rabu. Program ini merupakan satu program yang berkerjasama dengan pihak MRT corporation dan IM4U sentral yang mana ia menekankan tentang pembawakan mahasiswa untuk lebih didedahkan dengan cara temuduga yang betul. Bukan itu sahaja, program SiGP ini juga turut mendedahkan mahasiswa berkenaan etika kerja dan atur cara protokol tidak rasmi seperti pengendalian mesyuarat dan perbincangan tidak formal dan sebagainya. Bukan itu sahaja, program satu hari ini memberikan satu pengalaman dan pelajaran baru bagi mahasiswa Kolej dato’ Onn dengan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat daripada pihak MRT corporation. Seterusnya, program diteruskan dengan praktikal dan perkongsian ilmu serta lawatan ke IM4U sentral untuk mengenal dan mempelajari dengan lebih mendalam mengenai etika dan cara temuduga yang berkesan dalam melahirkan graduan yang sukses serta berkemahiran dalam komunikasi. Tema yang dibawa ialah “MAHASISWA PENERAJU MASA HADAPAN” selaras dengan matlamat yang ingin dicapai. Pengalaman dan perkongsian ilmu di dua buah syarikat berpotensi ini telah memberikan manfaat yang sangat baik kepada mahasiswa Kolej Dato’ Onn.

 

Matlamat

Program Sisi Gelap Protokol ini meletakkan matlamat yang tinggi dalam melahirkan mahasiswa yang berkaliber, berkeyakinan dan graduan yang dinamik serta mampu mengadaptasikan diri dengan alam pekerjaan dan persekitaran.

 

Objektif

1) Memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai protokol tidak formal

2) Memastikan pelajar mendapat pengenalan kepada urus tadbir protokol kebanyakkan syarikat swasta

3) Meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan UKM.

 

Bergambar selepas perkongsian ilmu daripada MRT Corporation.

Perkongsian ilmu daripada MRT Corporation mengenai etika dalam temuduga.

Sesi ‘Mock-Interview’ di IM4U Sentral bersama ahli panel.

Penyampaian cenderamata kepada pihak IM4U Sentral.

 

Artikel disediakan oleh :  Nur Fatin Maisarah binti Roshisham ( Pengerusi SiGP)