Kolej Dato' Onn
Pertama Dalam Semua
Peranan Felo
- Membantu dalam menggerak dan melaksanakan program kecemerlangan akademik di peringkat kolej kediaman melalui sumbangan khidmat sebagai tutor, pembimbing, penasihat kepada penghuni kolej.
- Membantu dalam menggalakkan dan menasihati program-program kegiatan kemahasiswaan dalam bidang kepimpinan, sosial, kerohanian, kemasyarakatan penghuni kolej.
- Membantu dalam menjaga kebajikan kehidupan penghuni kolej dalam menjamin keselamatan dan keselesaan hidup di kolej serta memberi bantuan dalam masa kecemasan.
- Memainkan peranan sebagai penasihat, pembimbing, kaunselor dan mentor kepada penghuni kolej dalam aspek akademik dan juga kehidupan harian.
- Membantu Pengetua dalam memantau dan menangani aspek disiplin dan peraturan kolej di kalangan penghuni kolej.
- Menjadi penasihat dan pembimbing kepada Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan juga kelab-kelab di kolej.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua Kolej dari semasa ke semasa.