HARI KELUARGA JABATAN KEJURURAWATAN

 

 

Cheras, 10 Oktober 2022 –Jabatan Kejururawatan Fakulti Perubatan UKM telah menganjurkan Program Hari Keluarga Kejururawatan selama 1 (1) hari pada 10 Oktober 2022 di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Lebih 120 kakitangan dan pelajar jabatan kejururawatan dan keluarga masing-masing hadir pada hari keluarga yang diadakan dalam suasana meriah.

 

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari keluarga berlangsung, antaranya senam erobik, sukaneka dan cabutan bertuah.

Dr. Jalina Karim, Ketua Jabatan Kejururawatan Fajulti Perubatan telah merasmikan Program Hari Keluarga Jabatan Kejururawatan, dalam ucapannya berkata ‘Hari Keluarga Jabatan Kejururawatan diadakan dengan tujuan merapatkan hubungan ukhwah di antara kakitangan dan pelajar masing-masing. Program ini jugak dapat meningkatkan kecerdasan dan sosial kakitangan dan pelajar kejururawatan kerana kebanyakannya sibuk dengan tugas harian dan mempunyai kekangan masa untuk beraktiviti. Melalui Hari Keluarga yang diadakan, ianya mampu memupuk semangat permuafakatan, kerjasama dan kesukanan dalam diri semua peserta’.

Acara hari keluarga diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah sukaneka kepada pemenang dan juga cabutan bertuah.