QS Higher Education Summit: Asia Pacific 2023

SDG 3,4,8,9,11,17

7 November 2023 – Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor, Prof Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman mengiringi Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan ke Majlis QS Higher Education Summit: Asia Pacific 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

QS Higher Education Summit: Asia Pacific 2023 menghimpunkan lebih 160 ahli panel dari pelbagai universiti, organisasi, para penggubal dasar, institusi dan pakar serta lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara bagi memupuk kerjasama dalam mengatasi cabaran dan meningkatkan kualiti sektor pendidikan tinggi dari dalam dan luar negara.

Persidangan ini memfokuskan kepada universiti dan pekerjaan masa depan di rantau ini. Acara ini dianjurkan bersama antara Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional, Education Malaysia Global Services (EMGS) dan dihoskan bersama Applied Science Private University.

Naib Canselor dalam ucapannya berkata QS Higher Education Summit adalah platform penting bagi UKM untuk melibatkan diri dengan universiti berprestij di luar negara, mempromosikan kemampanan dan penyelidikan translasi, yang merupakan kriteria utama dalam sistem penarafan QS.

UKM yakin persidangan ini akan memberikan pandangan berharga tentang peranan penting universiti dalam membentuk negara yang lebih baik dan menyampaikan sumbangan mendalam kepada masyarakat.

Antara lain yang hadir adalah semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QS, Jessica Turner; Naib Presiden Kanan QS, Ben Sowter; CEO EMGS merangkap penganjur bersama, En Novie Tajuddin, Timbalan Naib Canselor UKM, Pendaftar, Bendahari dan Pengurusan Tertinggi UKM.

#QSAPAC#UniversitiWatanKita#UKM#UKMSharing

Similar Posts