Jabatan Perubatan Keluarga

 Fakulti Perubatan

2017

Tarikh:             16 Februari 2017 (Khamis)

Masa:                1.30 ptg – 4.30 ptg

Tempat:           Klinik Primer, PPUKM Cheras

Anjuran :         Unit Promosi Kesihatan dan Penjanaan

Klinik Primer PPUKM Cheras (KPPC)

Kerjasama:      Unit Klinik Antenatal,   Klinik Primer PPUKM Cheras (KPPC)

                    

Sebagai usaha untuk menyalurkan maklumat, promosi dan penyebaran kesedaraan terhadap kesihatan kepada masyarakat, Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan , Klinik Primer PPUKM telah menjalankan Program Kesedaran Kesihatan yang bertemakan “Cervical Cancer Awareness Month” bersempena hari Kesedaran Kanser Sedunia pada 4 Februari setiap tahun. Ceramah telah dibawa oleh Dr Nuraida binti Baharuddin, Pegawai Perubatan Klinik  Primer, PPUKM Cheras dan sesi demonstrasi prosedur “pap smear” yang diketuai oleh Jururawat terlatih Norzita binti Yusuf. Seramai 54 orang peserta terdiri daripada orang luar dan kakitangan kesihatan telah menyertai program ini. Bengkel telah diakhiri dengan sesi soaljawab oleh 3 orang panel iaitu Dr Halimah Heng, Dr Nuraida dan JT Norzita.

Daripada maklumbalas dari para peserta, kesemua berpuas hati dengan program yang telah dijalankan. Ceramah dan maklumat kesedaran kesihatan dikalangan wanita telah memberi pengetahuan tentang mengesan kanser pangkal rahim dari peringkat awal. Peserta dapat gambaran yang jelas cara bagaimanaa prosedur “pap smear” dan mendapat pujian peserta. Melalui program & aktiviti begini dapat memupuk kesedaran kanser rahim dan juga menguatkan semangat kerjasama berpasukan di kalangan kakitangan.

Tarikh: 04 Mac 2017 (Sabtu)

Masa : 8am – 1pm

Tempat: Advanced Surgical Skills Centre (ASSC), PPUKM

Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Objektif: 1. Untuk mendedahkan peserta dengan pelbagai teknik pembedahan berkhatan.

2. Untuk Menyerlahkan implikasi klinikal dan medikolegal berkhatan

3.  Bagi menangani isu dan salah faham yang berkaitan dengan ‘sunat wanita’

 

Pada akhir-akhir ini isu berkhatan telah memjadi isu semasa, atas kesedaran ini Jabatan Perubatan Keluarga telah bekerjasama dengan Jabatan Surgeri telah merancang satu Seminar tentang sunat. Seminar ini telah dijalankan pada Mac 2017, bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan pelbagai teknik pembedahan berkhatan. Dalam masa yang sama dapat menyerlahkan implikasi klinikal dan medikolegel berkhatan. Seminar ini juga dapat menangani isu dan salah faham yang berkaitan dengan “sunat wanita”. Telah mendapat sambutan penyertaan yang sangat membanggakan dari dalam dan luar hospital. Kebanyakan peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pembantu Pegawai Perubatan dan Jururawat dari seluruh negeri.

Tarikh:                   14Mac 2017 (Selasa) dan 15 Mac ( Rabu ) 2017

Masa:                   8.00 pagi – 5.00 ptg

Tempat:                RuangLegar HSS Engineering Sdn.Bhd. Plaza Dwi Tasik

Anjuran :              Kelab Sukan dan Rekreasi HSS Engineering Sdn.Bhd.

Kerjasama:          Unit Promosi Kesihatan dan PenjanaaKlinik Primer PPUKM Cheras (KPPC)

Jabatan Perubatan Keluarga,PPUKM

Fakulti Pergigian UKM

 

Mengadakan ceramah dan ujian saringan kesihatan yang dianjurkan oleh HSS Engineering. Merupakan tahun ke 3 Klinik Primer, PPUKM terlibat dalam program ini. Program bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan memberikan khidmat dan maklumat mengenai penjagaan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Klinik Primer PPUKM telah mengenakan bayaran minima kepada penganjur selaras dengan bidang keberhasilan Utama (KRA) UKM yang ke 5 iaitu penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik. Seramai 20 orang kakitangan klinik turut serta dalam menyertai semua aktiviti dan salahsatu ujian saringan serta kaunseling  kesihatan. Ujian saringan merangkumi pengambilan tinggi dan berat, pengiraan Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index), pengambilan tekanan darah (Blood pressure), ujian gula dalam darah (Random Blood Sugar), ujian kumpulan darah (Blood grouping ABO Rhesus). Melalui penglibatan aktiviti begini dapat mengeratkan lagi hubungan antara klinik dan masyarakat serta meningkatan kesedaran menjalani amalan hidup yang sihat.

Tarikh : 16-17 Mac 2017

Masa: 8.00am – 5.00pm

Tempat: Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan, Malaysia

Bengkel ini telah dijalankan dan dihadiri oleh semua pensyarah dan kakitangan di Jabatan Perubatan Keluarga, PPUKM. Bengkel ini diadakan bagi semakan semula sistem penilaian berterusan pascasiswzah Doktor Pakar Perubatan Keluarga selaras dengan sistem terkini peperiksaan konjoin Doktor Pakar Perubatan Keluarga dan juga diadakan bagi mengukuhkan semangat berpasukan di kalangan ahli jabatan.

Tarikh: 27 Mac 2017 (Isnin)

Masa: 8.00 pagi – 5.00 Petang

Tempat: Institut Latihan DBKL, Cheras Kuala Lumpur

Anjuran : Jabatan Perubatan Keluarga, PPUKM

 

Bengkel telah berlangsung pada 27 Mac 2017 dihadiri oleh pemeriksa-pemeriksa dan pensyarah yang terlibat dalam peperiksaan Konjoin Perubatan Keluarga iaitu pensyarah dari UKM, UM, UPM dan USM. Pensyarah dari UiTM dan UIA juga menghadiri bengkel ini bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran sebagai pemeriksa untuk Peperiksaan Doktor Pakar Perubatan Keluarga.