Jabatan Perubatan Keluarga

 Fakulti Perubatan

FASILITI

Klinik Primer PPUKM Cheras (KPPC) di Bangunan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri Cheras, merupakan sebuah pusat latihan akademik untuk pelajar pra siswazah dan pasca siswazah Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan UKM. Klinik ini juga memberikan perkhidmatan perubatan primer kepada penduduk setempat.

Perkhidmatan yang disediakan:

Klinik Primer berfungsi memberi perkhidmatan kepada komuniti dalam jarak 20 kilometer radius yang kebanyakannya mendapat perkhidmatan juga dari pakar di HCTM. Prasarana ini memberi kemudahan dan pendedahan juga kepada semua pelajar yang berkenaan.

Pusat ini dilengkapkan dengan kemudahan bagi perkhidmatan perubatan dan perubatan sokongan untuk memberi rawatan komprehensif bagi semua pesakit untuk semua jenis keaadaan, baik yang akut, kronik dan kecemasan setempat (One stop centre).

Skop perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Memberi rawatan pesakit luar (General Primary Care / Outpatient clinic)
  2. Memberi rawatan penyakit akut dan kecemasan
  3. Memberi rawatan penyakit kronik (Chronic Care Clinic)
  4. Menerima pesakit untuk dirujuk ke HCTM
  5. Menerima pesakit yang di rujuk dari Jabatan Kecemasan dan Klinik-klinik Pakar HCTM
  6. Perkhidmatan Rawatan Ibu Mengandung Dan Kesihatan Wanita (Antenatal Clinic, ANC)
  7. Perkhidmatan Klinik Remaja dan Kanak-kanak (Adolescent & Child Health Clinic, ADC)
  8. Perkhidmatan Klinik Dermatologi
  9. Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (Quit Smoking Clinic, QSC)
  10. Perkhidmatan Klinik Lanjutan Strok (Long Term Stroke Clinic, LTSC)
  11. Perkhidmatan ‘Enhanced Diabetes Clinic’ (EDC)
  12. Pembedahan kecil seperti “toilet and suturing”, “incision and drainage” dan lain-lain
  13. Kaunseling pemakanan oleh Pakar / Pegawai Pemakanan (Pegawai Dietetik)
  14. Perkhidmatan Fisioterapi untuk masalah akut
  15. Perkhidmatan pengambilan darah (phlebotomy) dan Makmal Diagnostik
  16. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar