Jabatan Perubatan Keluarga

 Fakulti Perubatan

2018

Ahli-ahli Jabatan terlibat dalam persediaan bagi rombakan kurikulum program ijazah Doktor Pakar Perubatan Keluarga UKM.

Sebanyak dua buah bengkel telah diadakan oleh Jabatan dalam menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan pengajaran dan pembelajaran Disiplin Perubatan keluarga, agar menepati format dan kehendak Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

  1. Bengkel Rombakan Kurikulum Pascasiswazah 22-25 Januari 2018, Hotel Bangi-Putrajaya.

 

Bengkel ini telah dihadiri oleh sepuluh orang pesnyarah dari Jabatan, untuk melihat semula intipati kurikulum serta hasil program secara amnya dan pembelajaran secara khususnya. Ahli-ahli Jabatan turut bekerjasama menyediakan dokumen-dokumen dalam format Agensi kelayakan Malaysia serta agensi-agensi Kualiti yang memantau program akademik di UKM.

Hasil dari bengkel yang diadakan selama 3 hari ini, jabatan telah dapat menyiapkan sebanyak 85% dari dokumen-dokumen yang disasarkan dalam persediaan unutk rombakan kurikulum perdana peringkat Fakulti.

 

  1. Bengkel bersama ‘Stakeholder” – Tenaga Penyelia Klinikal Kehormat Kementerian Kesihatan Malaysia (TPKK), 22 Mac 2018, Bangunan Praklinikal, PPUKM

 

Bengkel ini telah diadakan dengan tujuan mendapatkan maklumbalas tentang program yang sedia ada serta cadangan tentang penabahbaikan yang difikirkan perlu bagi memperkasakan program. Panel-panel jemputan terdiri dari Pakar-pakar Perubatan Keluarga yang dilantik sebagai TPKK Fakulti Perubatan UKM bagi Program Pascasiswazah Doktor Pakar Perubatan Keluarga dan juga merupakan alumni lulusan sarjana dari UKM. Ahli-ahli panel yang hadir pada bengkel tersebut adalah Dr Naemah Sharifuddin (KKM), Dr Wong Ping Foo (KKM), Dr Mohd Radzniwan Abdul Rashid (USIM), Dr Siti Aisyah Abdul Majid (KKM) serta Dr Sumitha Chellathurai (KKM).

 

PM Dr Noor Azimah selaku Ketua Jabatan dan Dr Saharuddin Ahmad sebagai Penyelaras Program Pascasiswazah telah membentangkan hasil rombakan kurikulum pascasiswazah kepada ahli-ahli panel bagi mendapatkan pendapat serta cadangan penambahbaikan untuk program ijazah Doktor Pakar Perubatan Keluarga sebelum Jabatan memajukannya ke peringkat Fakulti dan seterusnya Senat.

 

Pihak Jabatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas segala maklumbalas dan cadangan yang telah diberikan oleh panel-panel jemputan dan menghargai sumbangan mereka, meluangkan masa untuk hadir ke bengkel dan tidak lupa juga sumbangan mereka sebagai TPKK bagi menjayakan program ini.

Jabatan Perubatan Keluarga, PPUKM telah menganjurkan kursus yang memberi fokus kepada isu-isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang bertajuk kursus “Women and Child health in Primary Care”. Acara telah diadakan dari tarikh 19-21hb Februari 2018 bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Pendidikan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, PPUKM.

Kursus ini mendapat sambutan yang positif dimana seramai 27 peserta telah mengambil bahagian. Mereka terdiri dari pelajar pascasiswazah dan pegawai perubatan dari UKM, UIA, UPM dan UITM.

Objektif utama kursus ini adalah untuk membolehkan peserta mengenal dan merawati isu-isu terkini mengenai kesihatan wanita dan kanak-kanak yang merangkumi aspek ‘biopsychosocial’ di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Topik-topik yang telah dibincangkan merangkumi isu-isu kesihatan yang sering dilalui oleh golongan wanita dan kanak-kanak. Isu kesihatan wanita yang telah dibincangkan termasuk perancangan keluarga, masalah ‘urogynaecological’, saringan pra-natal, penyakit-penyakit semasa mengandung dan jangkitan HIV/AIDS sewaktu mengandung. Isu kesihatan kanak-kanak yang telah dibincangkan termasuk masalah kanak-kanak semput, masalah-masalah kecemasan, masalah ‘haematological’, masalah pembelajaran dan perkembangan dan cara mendekati pesakit remaja. Terdapat juga satu sesi simulasi dimana peserta diberi peluang untuk melakukan prosedur ‘pap smear’ dan memasukkan alat IUCD.

Para penceramah yang berpengalaman telah dijemput dari PPUKM, PPUM, UITM dan Hospital Kuala Lumpur.

Pihak sekretariat program dan ahli-ahli jabatan berharap para peserta telah mendapat manfaat dari menyetai kursus ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang menyertai dan juga kepada yang telah membantu dalam menjayakan kursus ini. Diharapkan lebih ramai peserta dapat menyertai kursus ini pada tahun hadapan!!

Tarikh: 8 Mei 2018

Lokasi: Klinik Primer PPUKM Cheras

Forum Penjagaan Pesakit Diabetes di Bulan Rsmadhan

“Mencakna konuniti berilmu, menzahirkan keberkatan Ramdhan”

Ahli panel:

Dr Syahrizan Samsudin (Endocrinologist H.Putrajaya)

Pn Nanee Marlia Jaafar (Pegawai Pemakanan)

Ustaz Hasrizal Hasan (Pegawai Agama)

Pn Rohana Jaafar (Diabetic Educator)

Moderator- Dr Afaaf Esa

Tarikh : 12 Mei 2018
 
Aktiviti Jabatan Perubatan Keluarga, UKM di Tasik Permaisuri hari ini, ‘Fun Run’ di kalangan kakitangan sambil mempromosikan Klinik Primer PPUKM Cheras (KPPC)
 
Perkhidmatan di KPPC
Klinik kanak-kanak & remaja
Klinik Antenatal
Klinik Peningkatan Penjagaan Diabetes
Klinik Penjagaan Strok
Klinik Berhenti Merokok
Klinik Kulit
disamping klinik pesakit luar untuk rawatan umum

Jabatan Perubatan Keluarga bersama-sama dengan Klinik Primer, PPUKM telah berjaya mengadakan Bengkel Pemantapan & Perancangan Perkhidmatan Klinik Khas pada 7 hingga 8 Disember 2018 bertempat di Ibis Styles Hotel Cheras Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Perubatan Keluarga serta pegawai perubatan dan kakitangan daripada Klinik Primer, PPUKM.

Bengkel ini adalah sebagai medium bagi merancang program perkhidmatan untuk Klinik Primer PPUKM terutama sekali untuk klinik-klinik khas dari tahun 2018 hingga 2020. Selain itu, ia juga bagi memantapkan perkhidmatan dari aspek komunikasi, pentadbiran dan penyelidikan kepada pegawai-pegawai perubatan di Klinik Primer PPUKM.

Jabatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada sekretariat serta semua peserta yang telah sama-sama menjayakan bengkel ini.

Tarikh: 7 Disember 2018

Masa: 2.30ptg – 4.30ptg

Lokasi: Dewan Sri Payung Wisma Zeilan

– Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Dekan, Prof Dr Zaleha dan Timb Pengarah HCTM, En Mursidi.

– Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada setiap warga kerja JPK dan KPPC.

– Anugerah diberikan kepada Pensyarah, Pegawai Perubatan, Pascasiswazah, Jururawat, Pembantu Perubatan, Pembantu Klinik, Pengkeranian , Makmal / Fisioterapi / Farmasi yang terbaik dikalangan mereka yang baik-baik.

– Anugerah juga diberikan kepada mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sepanjang 2018, dua telah berjaya menurunkan 10kg dan lebih.