Jabatan Perubatan Keluarga

 Fakulti Perubatan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN PASCASISWAZAH

Objektif Pendidikan Program Doktor Pakar Perubatan Keluarga :

Objektif pendidikan program ini adalah untuk melahirkan Pakar Perubatan Keluarga yang:

  1. Mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran saintifik, digital dan numerikal dalam bidang perubatan keluarga bagi penambahbaikan kaedah rawatan penjagaan pesakit
  • Berupaya untuk memimpin, berkomunikasi, berinteraksi dan berkolaboratif secara berkesan dengan pelbagai pasukan dan pemegang taruh.
  • Kompeten dalam pengurusan dan pembangunan kendiri, pembelajaran sepanjang hayat, serta berinovasi   dan pengenalpastian peluang dalam aspek  keusahawanan
  • Menerapkan nilai murni, beretika serta menunjukan ciri-ciri profesionalism dalam kerjaya dan kehidupan

Hasil Pembelajaran Program :

  1. Menjelaskan pengetahuan perubatan keluarga dalam perawatan pesakit.
  2. Mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang perubatan keluarga dan pendekatan saintifik serta pemikiran kritikal dalam membuat keputusan terhadap rawatan pesakit.
  3. Mempelbagaikan kemahiran klinikal untuk merawat pesakit dalam bidang perubatan keluarga 
  4. Mempamer kebolehan berinteraksi dan bekerjasama dengan pelbagai pasukan profesional yang lain.
  5. Mempamer kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan pelbagai lapisan individu
  6. Menggunakan teknologi digital dalam bidang perubatan keluarga.
  7. Mengaplikasi kemahiran numerikal dalam menjalankan penyelidikan serta perawatan pesakit dalam bidang perubatan keluarga
  8. Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan
  9. Mengamalkan budaya penambahbaikan diri dan laluan profesional 
  10. Mempamerkan sifat keusahawanan dan berinovasi dalam bidang perubatan keluarga
  11. Mengamalkan nilai etika perubatan dan professionalisma dalam setiap tindakan