Jabatan Perubatan Keluarga

 Fakulti Perubatan

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PROGRAM DOKTOR PAKAR PERUBATAN KELUARGA

Pengenalan

Program Doktor Pakar Perubatan Keluarga UKM telah menjadi perintis dan pusat rujukan kepada program-program pascasiswazah universiti-universiti  lain  bagi melahirkan Pakar Perubatan Keluarga di negara ini. Bidang perubatan keluarga adalah diperlukan oleh negara di mana ianya  memberikan khidmat perubatan yang bermutu dan komprehensif bagi setiap lapisan masyarakat bermula dari bayi, ibu mengandung hingga ke warga emas untuk pelbagai jenis penyakit. Ini termasuk merawat penyakit akut dan kronik dimana penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi semakin menular di kalangan masyarakat negara ini disebabkan amalan cara hidup tidak sihat. Perubatan keluarga juga mempromosikan program pencegahan penyakit di dalam komuniti.

Program Doktor Pakar Perubatan UKM adalah ahli konjoin 6 buah universiti tempatan yang melatih doktor pakar perubatan keluarga di Malaysia.

Program Doktor Pakar Perubatan Keluarga terbahagi kepada dua fasa iaitu

  1. Fasa Hospital : 12 sangkutan klinikal di hospital pelbagai kepakaran (untuk Tahun 1 & 2)
  2. Fasa Klinik Kesihatan 
    1. Sangkutan di Klinik Primer HCTM (Tahun 3)
    1. Sangkutan di Klinik Kesihatan KKM (Tahun 4)

Kaedah penyampaian adalah melalui campuran kerja kursus, klinikal dan penyelidikan yang disampaikan melalui kuliah dan perbincangan kumpulan dan bengkel berkala.

Kerja- kerja kursus dijalankan menggunakan kaedah pengajaran konvensional dan amali (bersemuka dan atas talian). Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Klinikal adalah melalui sangkutan klinikal di klinik kesihatan dan hospital terpilih. Kerja penyelidikan melibatkan penghasilan projek disertasi.

Kaedah taksiran adalah melalui penilaian berterusan (formatif) dan penilaian akhir (sumatif) iaitu peperiksaan teori dan klinikal bahagian 1,2 dan 3 di yang dijalankan di peringkat konjoin.

Syarat Kelayakan Kemasukan

Program ini terbuka kepada calon yang memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Memegang ijazah perubatan daripada universiti bertauliah dan disahkan oleh Senat Universiti.

  • Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Penuh oleh Majlis Perubatan Malaysia
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun setelah tamat sebagai Pegawai Perubatan Latihan Siswazah
  • Telah menjalani latihan dalam bidang perubatan dalaman, obstetrik & ginekologi dan pediatrik*
  • Memenuhi syarat-syarat dibawah Akta Pengajian Pascasiswazah  UKM
  • Mendapat keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan Pra-Kemasukan
  • Lulus di dalam temuduga kemasukan
  • Mempunyai surat sokongan dari majikan

Pelajar antarabangsa hendaklah memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan IELTS dengan band minimum 6.5 atau TOEFL level  minimum 600 atau peperiksaan setara yang diluluskan oleh senat. Syarat ini boleh dikecualikan sekiranya:

(a) pelajar antarabangsa yang berasal daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi; atau

(b)pelajar antarabangsa yang menggunakan kelayakan akademik dari institusi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya.

*sebarang perubahan tertakluk kepada budibicara Jabatan