Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet PALAPES Darat Universiti Awam ke-39 (Zon Tengah I)

UKM menjadi tuan rumah bagi penganjuran Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet PALAPES Darat Universiti Awam ke-39 (Zon Tengah 1).
Seramai 254 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat dari UKM, UM, USIM, UIAM, UMP dan UiTM telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dalam Rejimen Askar Wataniah pada hari ini.
Pada majlis itu, Leftenan Muda Muhammad Amirul Farhan Abd Razak telah dianugerahi Pegawai Kadet PALAPES Terbaik UKM. Majlis yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain itu berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).
Turut hadir, Naib Canselor UKM Prof. Dato’ Ts Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Timbalan Naib Canselor Jaringan Indsutri, Alumni & Masyarakat Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim.
#ukm
#ukmsharing
#palapesukm
#palapesipta