Visi, Misi & Matlamat
VISI
Bertekad menjadi entiti yang dinamik dan cemerlang yang mendukung hasrat UKM melahirkan graduan yang memahami aspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing, patriotik dan inovatif.
MISI
Meneraju dan memimpin penghasilan graduan beraspirasi kebangsaan, berdisiplin dan patriotik sesuai dengan peranan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara.
MATLAMAT
Melahirkan graduan UKM yang menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, kompetensi, berdaya tahan dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat.