Penyataan Kualiti
Visi Pusat Kesatria Universiti
- Bertekad menjadi entiti yang dinamik dan cemerlang yang mendukung hasrat UKM melahirkan graduan yang memahami aspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing, patriotik dan inovatif.
Misi Pusat Kesatria Universiti
- Meneraju dan Memimpin penghasilan graduan beraspirasi kebangsaan, berdisiplin dan patriotik sesuai dengan peranan UKM sebagai Universiti WATAN Kita
Matlamat Pusat Kesatria Universiti
- Melahirkan graduan UKM yang menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, kompetensi berdaya tahan dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat.
DASAR KUALITI
Pusat Kesatria Universiti (KESATRIA-UKM) beriltizam melaksanakan penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualitinya bagi menzahirkan kepuasan pelanggan.
Perlaksanaan Dasar Kualiti Pusat Kesatria UKMĀ adalah selaras dengan keperluan-keperluan berikut :
- Halatuju Pusat Kesatria yang relevan.
- Difahami oleh semua warga Pusat Kesatria.
- Dasar kualiti dikaji semula dari masa ke semasa dalam Kajian Semula Pengurusan untuk mencapai kehendak-kehendak pelanggan dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
- Dasar Kualiti dikawal dan dikaji serta diteliti semula bagi menjamin kelangsungannya mengikut kesuaian semasa.
OBJEKTIF KUALITI
Dengan Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP) UKM, Pusat Kesatria telah menetapkan Objektif Kualiti seperti berikut :
- Memastikan sekurang-kurang aktiviti pelajar berimpak tinggi dilaksanakan 4 aktiviti setahun