Peraturan Tempahan
- Tempoh permohonan adalah empat belas (14) hari sebelum tarikh penggunaan. Proses kelulusan akan mengambil masa selama tujuh (7) hari.
- Permohonan mestilah disertakan bersama surat permohonan daripada organisasi/ kertas kerja/ aturcara program.
- Pusat Kesatria-UKM berhak untuk menarik balik kelulusan sekiranya ada pertindihan program anjuran Pusat Kesatria-UKM atau Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Pusat Kesatria-UKM berhak untuk membatalkan penggunaan sekiranya maklumat atau aktiviti yang dijalankan bercanggah seperti yang dinyatakan dalam surat/ kertas kerja/ aturcara program.
- Permohonan tidak akan diproses sekiranya borang tidak lengkap diisi dan tiada dokumen yang lengkap.
- Aktiviti yang dijalankan mestilah tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan Universiti serta tidak melibatkan isu-isu sensitif seperti perkauman.
- Tidak mencemarkan imej dan nama baik Universiti sebagai Institusi Pengajian
- Tidak melakukan
- Pakaian hendaklah kemas dan sopan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
- Kerosakan aset dan kemudahan dalam tempoh penggunaan ruang yang disebabkan oleh pemohon adalah menjadi tanggungjawab pemohon.
- Memastikan kerusi dan meja yang digunakan selepas program, disusun dengan teratur seperti keadaan
- Menjaga kebersihan Kompleks Kesatria, bilik-bilik kuliah, bilik-bilik seminar, surau dan Auditorium selepas digunakan dan sisa-sisa makanan hendaklah dibuang selepas program tamat.
- Pengguna bertanggungjawab untuk memadamkan lampu dan alat penghawa dingin setelah tamat sesuatu
- Sebarang perubahan tarikh dan masa bagi sesuatu program tidak dibenarkan selepas permohonan telah dihantar ke Pusat Kesatria, namun ia tertakluk kepada perundingan kedua belah pihak.
- Bagi tempahan yang telah diisi boleh dihantar kepada Pusat Kesatria melalui e-mel, sukesatria@ukm.edu.my atau melalui pos ke alamat berikut:
Pengarah Pusat Kesatria Universiti
Pusat Kesatria Universiti Kompleks Kesatria,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM-Bangi,
Selangor Darul Ehsan.