Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Keselamatan (09/05/24)

Warna-warni Majlis Sambutan Aidilfitri Bahagian Keselamatan UKM yang di adakan di perkarangan Bangunan Wisma Aman.
Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani ( Timbalan Naib Canselor UKM), Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (mantan Naib Canselor UKM), Tuan Hj. Zanudin Mohd Daud (Pemangku Pendaftar UKM), Cik Najatulmuna Hamdan (Ketua Pentadbiran Bahagian Pentadbiran & Kemudahan) wakil dari Jabatan Siasatan Jenayah,Unit D13 Databank dan Rekod IPD Kajang, Insp Mohd Nasri Tesnoh ( Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi dan SM Mohamad Samuri Katiman (Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Kajang.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran anggota Keselamatan UKM dan kakitangan UKM yang lain tidak putus-putus sehinggalah majlis berakhir pada jam 1400. Majlis juga di serikan dengan cabutan bertuah untuk anggota Keselamatan UKM yang hadir pada majlis ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan juga kepada penaja yang sudi memberi tajaan untuk majlis ini.