Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Lawatan Penanda Aras ke Pusat Keselamatan Universiti Malaya (17/7/2024)

Pada 17 Julai 2024, Bahagian Keselamatan UKM telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Keselamatan Universiti Malaya.

Seramai 16 orang anggota Bahagian Keselamatan UKM yang di ketuai oleh Tuan Muhammad Syakir Iskandar Muzakir, Pegawai Keselamatan UKM telah terlibat dalam lawatan ini dan rombongan ini telah di sambut oleh ASP/PB Khairul Anuar Abu Shari, Pegawai Keselamatan Kanan Universiti Malaya bersama kakitangannya.

Pelbagai perkara telah di bincangkan di dalam lawatan ini di samping pertukaran pendapat dan informasi bagi memantapkan lagi sistem keselamatan di antara kedua-dua universiti. Terima kasih di ucapkan kepada Pusat Keselamatan Universiti Malaya di atas layanan baik yang di berikan.