Pemakluman Edaran Kebenaran Bekerja Di Luar Waktu Pejabat

Dekan/ Pengarah/ Ketua/ Pengetua

Fakulti/ Institut/ Jabatan/ Kolej Kediaman

Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

 KEBENARAN BEKERJA DI LUAR WAKTU PEJABAT

 

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Untuk makluman YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, Bahagian Keselamatan akan menguat kuasakan penggunaan Borang Kebenaran Bekerja Di Luar Waktu Pejabat (UKM-SPKPPP-PT(P)01-JP-AK14-BO08) mulai 1 Mac 2024.  Perkara ini bertujuan memantau keselamatan warga UKM yang bertugas di luar waktu pejabat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti kecurian, terperangkap dalam pejabat dan sebagainya. 

 

 3.        Sehubungan dengan itu, sukacita pihak YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dapat melengkapkan Borang Kebenaran Bekerja Di Luar Waktu Pejabat (UKM-SPKPPP-PT(P)01-JP-AK14-BO08) dan diemelkan kepada infoselamat@ukm.edu.my selewat-lewatnya tiga hari sebelum, sekiranya ingin bekerja di luar waktu pejabat iaitu dari jam 7.00 malam  – 7.00 pagi  (hari bekerja),  hari Sabtu, hari Ahad dan hari Kelepasan Am.

 

Sekian untuk makluman dan tindakan seterusnya daripada pihak YBhg, Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.

 

Terima kasih.