Bahagian Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Kursus Asas Keselamatan yang berlangsung dari 9 September 2024 sehingga 12 September 2024 dan kursus ini diadakan di Pusat Latihan dan Kemudahan, Pusat Perumahan Pelajar UKM Tanjung Karang.
Kursus Asas Keselamatan ini diadakan bagi memastikan bahawa anggota Keselamatan dan Polis Bantuan mempunyai kecekapan serta pengetahuan yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka dengan berkesan dalam melindungi aset dan orang awam di kawasan yang mereka ditugaskan.