Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 6/2024 (22/9/2024)

Bahagian Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan bangganya mengumumkan kejayaan menghantar seramai 30 orang anggota keselamatannya untuk menjalani Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) Siri 6/2024 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, Kedah. Kursus ini berlangsung selama dua bulan, bermula pada 22 September 2024 sehingga 23 November 2024. Harapan kami adalah agar semua anggota yang terlibat sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bersemangat dalam menghadapi segala cabaran serta dapat menyelesaikan kursus ini dengan cemerlang, seterusnya memberikan sumbangan yang lebih besar kepada keselamatan dan kesejahteraan UKM.