Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Kursus Asas Ikhtiar Hidup (31/7/2024)

Pada 31 Julai 2024, Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan telah menganjurkan Kursus Asas Ikhtiar Hidup di Hutan Pendidikan Alam (HPA) UKM dan telah di sertai oleh seramai 45 orang yang terdiri dari anggota keselamatan UKM Kampus Bangi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) dan Kampus Jalan Raja Muda. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota keselamatan dalam menghadapi situasi kecemasan di kawasan hutan. Ia merangkumi modul latihan seperti teknik mencari makanan dan air, membina tempat perlindungan serta mengenali tumbuhan beracun dan selamat. Selain itu, kursus ini menekankan aspek keselamatan dan kesihatan, termasuk pertolongan cemas dan pengurusan kecederaan. Melalui latihan praktikal dan aktiviti berkumpulan, kursus ini juga bertujuan mengukuhkan kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan anggota.