Bahagian Keselamatan UKM

 Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Kursus Asas Pengendalian Drone dan Suntingan Imej Video Kreatif (25/05/24)

Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan UKM telah menghantar 5 orang peserta bagi mengikuti Kursus Asas Pengendalian Drone & Suntingan Imej Video Kreatif yang dianjurkan oleh Drone Tech Imaging bertempat di Technology Park Malaysia.
Penghantaran peserta dari Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan UKM ini adalah bagi mendapatkan lebih ilmu dalam pengoperasian dron oleh kerana Bahagian Keselamatan/Polis Bantuan UKM bercadang untuk menubuhkan Unit Dron tidak lama lagi.